Sony Xperia Honami , merupakan flagship device Sony selepas Sony Xperia Z Ultra yang dijangka bakal diumumkan pada 4 Julai ini [?] . Xperia tersebut merupakan sebuah android beast yang dikatakan akan menggunakan spesifikasi tinggi yang tidak terdapat pada smartphone lain, antaranya ialah penggunaan teknologi Cyber-shot pada kamera 20 megapixel.

Antara gambar awal perbandingan Xperia Honami yang dikongsikan oleh sebuah laman web teknologi Brazil
Kami telah pun berkongsi mengenai spesifikasi ringkas dalam artikel yang lepas dan turut memasukkan sekeping gambar kurang jelas yang dikatakan sebagai gambar awal Xperia Honami.Menjelang pelancarannya yang dikatakan akan dilakukan pada 4 Julai nanti , lebih banyak gambar smartphone tersebut tersebar menunjukkan rupa sebenar Xperia terbaru itu.
Jika dilihat pada gambar bahagian belakang Xperia tersebut , ianya menggunakan matte plastic dan bukannya glass seperti xperia lain.LED yang terdapat padanya pula mungkin Xenon Flash yang dikatakan disertakan sekali dengan 20MP camera.Apa yang membezakan antara rekabentuk Xperia Z dengan Xperia Honami ini ialah kedudukan speaker phone tersebut yang terletak di bahagian bawah disamping badannya yang menggunakan aluminum.
Walaubagaimanapun , masih terlalu awal untuk mengetahui rekabentuk sebenar phone ini dimana mungkin Sony akan mengubah sedikit bentuknya berbanding model prototype dibawah ini.
Antara pesaing smartphone ini kelak ialah Samsung Galaxy Note 3 yang bakal dilancarkan pada bulan 8 ini dimana ianya turut menggunakan spesifikasi canggih bagi meletakkan dirinya dihadapan.Jadi ,apakah pilihan hati anda ? Honami , Note 3 atau Xperia Z Ultra ? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen dibawah.
sumber | Just Another Mobile Phone Blog | Gsmarena | Google
Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?
Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.
KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE
The post Sony Xperia Honami – Lebih Banyak Gambar Tersebar , Bakal Dilancarkan Pada 4 Julai ? appeared first on SOLEHEENDOTCOM.