Harga Samsung Galaxy S4 Zoom Di Malaysia , Galaxy S4 Zoom boleh dikatakan sebagai kacukan antara smartphone + camera yang mempunyai rekabentuk unik.Diperkenalkan selepas Galaxy S4 serentak bersama Galaxy S4 Mini dan juga Galaxy S4 Active menjadikan terdapat 4 variasi Galaxy S4 yang disasarkan untuk mereka yang berminat.
Berita baik bagi mereka yang sedang tertunggu-tunggu kemunculan cameraphone tersebut dimana terdapat beberapa penjual tempatan telah mula membawa masuk Galaxy S4 Zoom ke pasaran Malaysia dan menawarkannya kepada pengguna pada harga sekitar RM1899.
Untuk rekod , Samsung Galaxy S4 Zoom merupakan siri smartphone Galaxy terbaru dalam keluarga Samsung yang memfokuskan kepada pengalaman menggunakan kamera dan phone secara serentak 2 in 1.Antara spesifikasi ringkas model tersebut ialah :
- 4.3 inci Super Amoled skrin.
- Android 4.2.2 Jelly Bean
- 8GB internal memori + sdcard
- 1.5gb ram
- Dual-core 1.5 GHz Cortex-A9
- 16 MP camera + autofocus dan Xenon flash
- 1.9 MP camera pada bahagian hadapan
- Li-Ion 2330 mAh battery
Selain Galaxy S4 Zoom , antara variasi Galaxy S4 lain yang boleh di dapati di Malaysia ialah Galaxy S4 Mini dan juga Galaxy S4 Active yang merupakan smartphone kalis air daripada Samsung.
Untuk senarai penuh harga terkini model smartphone Samsung , anda boleh rujuk artikel yang disediakan oleh kami yang sentiasa dikemaskini sehingga Jun 2013.Bagi smartphone jenama lain seperti Sony dan HTC anda boleh rujuk kategori Harga Terkini Smartphone (rujuk sidebar).
Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?
Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.
The post Harga Samsung Galaxy S4 Zoom Di Malaysia appeared first on SOLEHEENDOTCOM.