HTC dalam khabar angin terbaru dikatakan bakal memperkenalkan HTC One Max , sebuah smartphone dengan skrin bersaiz 6.0 inci bagi menyertai dunia phablet yang dikuasai oleh Samsung.One Max akan diperkenalkan bagi menyaingi Galaxy Note 3 dan juga Xperia Z Ultra bakal menggunakan spesifikasi canggih bagi menarik perhatian pengguna.
Antara spesifikasi yang bakal diguna oleh HTC One Max ialah :
- Full HD large screen
- 2.3Ghz Quad-core Snapdragon 800 processor
- 2GB Ram
- Camera Ultrapixel pada bahagian belakang
- BoomSound speaker
- 3300 mAh battery
Jika dilihat dari spesifikasi awal diatas , ianya tidak jauh berbeza dengan spesifikasi awal Samsung Galaxy Note 3 dan juga Xperia Z Ultra.Menyentuh mengenai rekabentuk HTC One Max , ianya akan mengekalkan rekabentuk sama seperti HTC One cuma apa yang membezakanya antara keduanya ialah One Max sedikit lebih lebar.
Lakaran smartphone phablet tersebut dikongsikan oleh laman web MobiLeaks yang memperlihatkan bagaimana rupa bentuk ianya kelak.Jelas kelihatan One Max masih akan mengekalkan Dual speaker pada bahagian hadapannya membuatkan pengalaman mendengar muzik lebih hebat dengan teknologi BoomSound yang ada padanya.
Walaubagaimanapun , masih terlalu awal untuk ianya menjadi kenyataan dan spesifikasi yang dinyatakan mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa.Jadi , apa pendapat anda mengenai phablet daripada HTC ini ? Adakah ia mampu menyaingi populariti siri Galaxy Note dan Xperia ?
Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?
Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.
The post HTC Bakal Memperkenalkan HTC One Max – Pesaing Galaxy Note 3 Dan Xperia Z Ultra? appeared first on SOLEHEENDOTCOM.