Harga LG G Pad 8.3 Google Play Edition Di Malaysia – Pra Tempahan Kini Dibuka | LG G PAD 8.3 merupakan sebuah lagi peranti yang dijadikan sebagai Google Play Edition serentak bersama Xperia Z Ultra GPE dan apa yang menariknya ialah ianya merupakan tablet pertama yang dijenamakan semula sebagai peranti GPE.
Pihak Techbug turut membuka tawaran pra-tempahan (pre-order) bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tablet ini.Ianya mula dijual pada harga permulaan RM1450.
G Pad 8.3 sebelum ini merupakan tablet milik LG dengan spesifikasi canggih serta rekabentuk yang amat menarik.Bersaiz 8.3 inci , tablet ini sesuai bagi anda yang inginkan tablet yang tidak terlalu kecil (7 inci kebawah) atau yang terlalu besar (10 inci ).Antara spesifikasi ringkas LG G Pad 8.3 GPE ialah :
-Snapdragon 600 quad-core processor.
- Android 4.4 Kit Kat
-2GB of RAM.
-5MP rear-facing camera.
-dual back-facing speakers.
-8.3″ IPS Full-HD 1080p display.
-4,600mAh battery.
-16GB internal storage.
Jika dilihat dari spesifikasi, ianya antara tablet terbaik masa kini selepas ASUS Nexus 7 2013 yang juga merupakan milik Google, sebuah tablet dalam siri Nexus.Terdapat beberapa perbezaan antara keduanya dimana Nexus 7 versi LTE lebih murah berbanding LG G Pad 8.3 ini.
SUMBER | TECHBUG
The post Harga LG G Pad 8.3 Google Play Edition Di Malaysia – Pra Tempahan Kini Dibuka appeared first on SOLEHEENDOTCOM.