Melengkapkan lagi siri U9 mereka, Ninetology hari ini memperkenalkan Ninetology U9J1 selepas U9Q1 diperkenalkan tidak lama dahulu.U9J1 merupakan sebuah smartphone bajet dalam kelas low-end device dan dipasarkan pada harga permulaan RM199.
Dilengkapi Android 2.3 Gingerbread , antara spesifikasi lain smartphone ini ialah 1GHz Dual-core processor, skrin tft bersaiz 3.5 inci, 512mb ram, sokongan sdcard sehingga 32GB, 2Megapixel camera pada bahagian belakang, VGA camera pada bahagian hadapan, dan bateri Li-ion 1300mAh.
Seperti kebanyakkan model U9 yang lain, U9J1 turut dilengkapi ciri-ciri sokongan dual-sim dan didatangkan dalam 4 pilihan warna iaitu merah, pink dan hijau.
The post Ninetology U9J1 Diperkenalkan Secara Rasmi – Ditawarkan Pada Harga RM199 appeared first on SOLEHEEN.