Samsung baru-baru ini mengumumkan siri tablet premium terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S yang didatangkan dalam dua versi iaitu versi 8.4 inci dan juga 10.5 inci. Hari ini kedua-dua tablet tersebut telah pun dilancarkan di Malaysia secara rasmi.
Antara spesifikasi Galaxy Tab S 10.5 ialah :
- Paparan Skrin: 10.5″ Super AMOLED screen, 2,560 x 1,600 resolution
- Processor: Exynos Octa 5422: quad-core Cortex-A15 @ 1.9GHz plus quad-core Cortex-A7 @ 1.3GHz; Mali-T628 MP6 GPU
- Ram: 3GB
- OS: Android 4.4 KitKat
- Kamera: 8MP, 2.1MP kamera hadapan
- Saiz Memori: 16GB, microSD card 128GB
- Kapasiti Bateri: 7,900mAh
Manakala untuk versi 8.4 inci, ia dilengkapi
- Paparan Skrin: 8.4″ Super AMOLED screen, 2,560 x 1,600 resolution
- Processor : Exynos Octa 5422: quad-core Cortex-A15 @ 1.9GHz plus quad-core Cortex-A7 @ 1.3GHz
- Ram: 3GB
- OS: Android 4.4 KitKat
- Kamera: 8MP, 2.1MP kamera hadapan
- Memori: 16GB , microSD card 128GB
- Battery: 4,900mAh
Jika dilihat dari segi spesifikasi Galaxy Tab S yang ditawarkan di Malaysia, ianya agak berbeza dimana cip pemprosesan yang digunakan bagi model LTE ialah Exynos 5 Octa Core berbeza dengan model di negara lain yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz bagi model LTE.
Menyentuh mengenai soal harga, Galaxy Tab 2 8.4 inci LTE ditawarkan pada harga RM1699 manakala bagi versi 10.5 inci LTE ianya ditawarkan pada harga RM1999. Kedua-duanya boleh mula didapati pada 11 julai 2014 akan datang.
SUMBER | VIA
The post Samsung Galaxy Tab S 8.4 Dan 10.5 Dilancarkan Di Malaysia – Siri Tablet Premium Berspesifikasi Tinggi appeared first on SOLEHEEN.