LG G Watch merupakan antara jam tangan pintar yang diperkenalkan serentak bersama-sama Motorola Moto 360 dan juga Samsung Gear Live, dilengkapi sistem operasi Android Wear, LG G Watch mempunyai pelbagai fungsi menarik dan juga kalis air.
Antara spesifikasi jam tangan pintar tersebut ialah :
Chipset | Qualcomm Snapdragon™ 400 processor |
Display | 1.65-inch LCD IPS (280 x 280) |
Memory | 4GB eMMC / 512MB RAM |
Battery | 400mAh |
Operating System | Android Wear (compatible with smartphones running Android 4.3 and above) |
Size | 37.9 x 46.5 x 9.95mm |
Weight | 63g |
Connectivity | Bluetooth 4.0 |
Sensors | 9-Axis (Gyro / Accelerometer / Compass) |
Color | White Gold/ Black Titan |
Others | Dust and Water Resistant (IP67) |
Jika dilihat dari segi spesifikasi, LG G Watch menggunakan cip pemprosesan yang sama seperti kebanyakkan smartphone kelas pertengahan iaitu Snapdragon 400 dan turut mempunyai memori dalaman sebesar 4GB. Didatangkan dalam 2 pilihan warna, jam tangan pintar tersebut sesuai untuk digunakan bersama hampir kebanyakkan smartphone android yang menggunakan Android 4.3 Jelly bean dan keatas.
Menyentuh mengenai soal harga, ia boleh didapati terus dari Play Store mulai hari ini pada harga rasmi $229 (RM738) dan penghantaran dijangka akan dilakukan dalam bulan Julai 2014 akan datang. Dalam satu perkembangan lain, Samsung Gear Live kini ditawarkan oleh penjual tempatan pada harga RM1099 dan segala info boleh di rujuk di dalam artikel “Harga Samsung Gear Live Di Malaysia“.
The post LG G Watch Diperkenalkan – Dilengkapi Snapdragon 400, 512MB Ram appeared first on SOLEHEEN.