Pulang ke kampung halaman cuti raya baru-baru ini menaiki bas bersama LG G Watch membuatkan ramai yang memandang pergelangan tangan saya, penumpang di sebelah dengan spontan menegur “lawa jam, jenama apa ni?’ Saya katakan LG, G Watch dan beliau membalas “ingatkan Samsung je yang buat smartwatch”.
‘REVIEW INI DIBAWAKAN KHAS DENGAN KERJASAMA TECHBUG.MY, SEBUAH KEDAI GAJET ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA. IKUTI MEREKA DI TWITTER DAN JUGA FACEBOOK TECHBUG.MY
Jam tangan pintar masih terlalu baru di Malaysia dan kebanyakkan dari kita beranggapan satu-satunya pengeluar jam tangan pintar ialah Samsung yang terkenal dengan siri Galaxy Gear mereka.Google pada tahun ini memperkenalkan Android Wear, yang kami lihat masih tidak terlalu lewat untuk mengejar pesaing mereka dengan sistem operasi tersendiri seperti Pebble, Sony Smartwatch dan Samsung Galaxy Gear.
LG G Watch dilengkapi dengan sistem operasi terbaru milik Google iaitu Android Wear,mungkin ramai antara anda yang tertanya-tanya mengenai apa kelebihan dan kekurangan yang ada padanya. Sebuah OS yang dikhaskan untuk jam tangan atau wearable device menarik perhatian ramai peminat Android dan jam tangan pintar khususnya.
Kami sebelum ini telah pun mengeluarkan review bertulis mengenai Sony SmartWatch 2, sebuah jam tangan pintar milik Sony Mobile yang mana sangat-sangat menarik dengan fungsi yang menjadikan ia sebagai jam tangan pintar wajib anda miliki ketika itu, namun setelah menggunakan LG G Watch dikuasakan dengan Android Wear, perhatian kami kini teralih kepadanya.
Mengapa?
Sebagai seorang yang mempunyai pelbagai urusan email, panggilan dan teks mesej, saya seringkali memegang telefon pintar untuk menyemak notifikasi yang masuk dan kadangkala ianya menganggu apabila berada di dalam kelas, perbincangan atau ketika memakai seluar jeans dengan poket yang sempit.
Android Wear atau jam tangan pintar direka khas untuk memudahkan lagi urusan seharian selain bertujuan membawa maklumat terus bersama anda dari pergelangan tangan tanpa perlu memegang phone.
Pemakaian LG G Watch menjadikan alasan terkenal seperti ” maaf tak sedar phone silent”, “maaf tak sedar phone dalam poket”, ‘maaf tak sedar panggilan masuk, tadi sibuk” tidak lagi boleh diterima akal memandangkan segalanya kini dipaparkan di pergelangan tangan anda.
SPESIFIKASI
Display | 1.65-inch IPS LCD display (280×280 resolution for 240 pixels per inch) |
OS | Android Wear |
Processor | Snapdragon 400 at 1.2 GHz |
Google Services | Google Now, Google Voice, Google Maps & Navigation, Gmail, Hangouts |
Additional Features | Notification (SMS, E-mail, etc.) IP67 Dust and Water Resistant Changeable Strap |
Color Options | Black or white |
Connectivity | Bluetooth® v4.0 LE |
Sensor | Accelerometer, Gyroscope, Compass |
RAM | 512MB |
Storage | 4GB Internal Memory |
Dimension /Weight | 37.9 X 46.5 X 9.95 mm/63g |
Battery | Standard Battery, Li-Polymer 400mAh |
G Watch merupakan antara jam tangan pintar pertama yang dikuasakan oleh Android Wear selain Samsung Gear Live dan juga Motorola Moto 360 yang masih belum dijual secara rasmi. Diperkenalkan dengan tali jam berasaskan getah, anda boleh mendapatkannya dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih.
Menyentuh mengenai soal rekabentuk, ia dihasilkan dengan rupabentuk segi empat menyerupai kebanyakkan jam tangan pintar lain (kecuali Moto 360 yang berbentuk bulat). Sepintas lalu, sya lebih menyukai rekabentuk Moto 360, namun setelah memakai G Watch, ia selesa di pergelangan tangan tanpa sebarang masalah.
PAKEJ BUNGKUSAN
Seperti biasa, anda akan memperolehi kabel pengecas dan pengecas jam tersebut. G Watch menggunakan pod pengecas nya tersendiri yang bersifat magnetik. Anda perlu meletakkan jam tangan tersebut diatas pod dan sambungkan pada punca kuasa.
PAPARAN SKRIN / ANTARAMUKA
Dilengkapi skrin bersaiz 1.65 IPS LCD , ianya terang serta menarik namun menghadapi masalah apabila berada di bawah terik pancaran matahari. Saya menghadapi kesukaran untuk melihat jam apabila berada di luar dan perlu dihadang dengan tangan bagi memastikan jam dapat dilihat dengan lebih jelas.G Watch juga tidak mempunyai fungsi auto-brightness dan kecerahan perlu ditetapkan secara manual pada setting jam tersebut.
Menyentuh mengenai soal antaramuka yang digunakan pada LG G Watch, Android Wear hadir dengan ciri-ciri card style sama seperti yang terdapat pada aplikasi Google Now pada telefon pintar anda. Ianya menarik, ringkas serta sangat mudah untuk digunakan. Walaubagaimanapun, saya mengambil masa untuk mengingati asas swipe gesture yang merupakan ciri-ciri utama untuk navigasi pada jam tangan pintar tersebut.
PRESTASI BATERI
Merupakan perkara paling penting yang amat saya titik beratkan. Sepanjang menggunakannya, LG G Watch mampu bertahan selama sehari suntuk dengan kegunaan penuh dan ini sebenarnya sudah cukup untuk kegunaan seharian.
Namun mungkin sedikit leceh apabila jam anda kehabisan bateri dan ia perlu ditanggalkan,di lekatkan pada pod pengecas. Ini sedikit sukar apabila anda berada dalam perjalanan jauh yang memerlukan penggunaan powerbank untuk mengecas jam tersebut.
PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI LG G WATCH ANDROID WEAR
Memandangkan Android Wear dan jam tangan pintar seperti LG G Watch ini baru sahaja diperkenalkan, ini beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai kedua-duanya.
1- Android 4.3 Jelly Bean, Aplikasi Android Wear dan Sambungan Bluetooth
Itu merupakan antara perkara yang perlu anda bagi membolehkan jam tangan pintar LG G Watch disambungkan pada telefon pintar anda. Tidak kisah smartphone jenama apa sahaja, asalkan ia menggunakan Android 4.3 Jelly Bean stock atau custom rom, LG G Watch akan dapat disambungkan dan berfungsi dengan baik.
Pertama kali jam tangan tersebut dihidupkan, anda akan diminta untuk memuat turun aplikasi Android Wear dan memasangnya pada smartphone terlebih dahulu sebelum ia dapat digunakan.
2- Tutorial Cara Menggunakan Android Wear / LG G Watch
Mudah. Tidak sukar untuk menggunakan Android Wear. Tutorial lengkap akan ditunjukkan apabila anda membuka aplikasi Android Wear pada telefon pintar masing-masing menunjukkan cara menggunakan Android Wear dan apa yang ia lakukan.
3- Tali yang boleh ditukar
LG G Watch didatangkan dengan tali getah dan boleh didapati dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih. Jika anda tidak menggemari bahan berunsur getah, jangan risau kerana tali pada jam tangan pintar tersebut boleh ditukar dengan mudah. Hanya beli tali baru dan tukar.
4- Aplikasi Sokongan ?
Salah satu perkara yang singgah di minda saya ketika pertama kali memakai jam tangan ini, ‘ berapa banyak aplikasi yang menyokong Android Wear buat masa ni?’ Melalui aplikasi Android Wear pada Nexus 5, terdapat satu bahagian yang menyenaraikan aplikasi yang sesuai dengan sistem operasi milik Google tersebut. Tidak banyak yang disenaraikan.
Namun setelah melakukan carian Android Wear di Play Store, beratus-ratus aplikasi menarik yang disenaraikan khas untuk Android Wear dan jumlah tersebut semakin bertambah.
Dari aplikasi berkaitan pemain musik sehingga la kepada permainan di jam tangan pintar anda, ianya semakin bertambah. Beberapa aplikasi terkenal seperti WhatsApp dan Facebook Messenger kini turut menyokong Android Wear membenarkan pengguna membalas teks terus daripada jam tangan menggunakan arahan suara.
5- Bagaimana Notifikasi Berfungsi Pada LG G Watch / Android Wear ?
Soalan lazim yang ditanya kepada saya. “Boleh baca teks mesej ke pada jam tu?” ” Macam mana kalau ada panggilan masuk? Boleh jawab ke?” ” Semua benda dia tunjuk dekat jam itu ke?” dan beberapa soalan lain.
Tidak seperti Sony SmartWatch 2 yang kami guna tidak lama dahulu, LG G Watch yang dikuasakan dengan Android Wear ini lebih pintar. Segala notifikasi yang muncul pada smartphone akan dipaparkan pada skrin G Watch tanpa perlu memasang aplikasi ketiga sebagai perantara.
Anda tidak akan menjumpai senarai lengkap aplikasi khas untuk Android Wear atau yang menyokong LG G Watch melalui senarai “compatible apps” yang disediakan Google. Untuk mengatasi masalah ini dan memudahkan pengguna memilih aplikasi kegemaran untuk Android Wear masing-masing, sebuah aplikasi khas dikenali sebagai Wear Store telah pun diterbitkan . Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Play Store.
6- Asas “Gesture” Untuk Navigasi Pada Android Wear.
Berikut ialah gerakan atau gesture tertentu untuk navigasi pada LG G Watch.
-Swipe keatas untuk melihat paparan kad seterusnya
-Swipe ke kiri untuk melihat option yang boleh dilakukan pada kad yang sedang dipaparkan.
-Swipe ke kanan untuk “dismiss” kad yang dipaparkan.
- Tap pada kad untuk membaca notifikasi.
- Tap pada jam untuk membuka pilihan menu
- Tekan 2-3 saat pada jam untuk menukar antaramuka jam pilihan anda
7- Laman XDA Developers
Umum mengetahui XDA Dev merupakan sebuah tempat dimana pelbagai proses pembangunan berkaitan gajet ( android khususnya) dijalankan. Bagi yang tertanya-tanya samada sokongan terhadap Android Wear, jangan risau kerana kini sistem operasi tersebut telah pun mempunyai halaman khusus untuk nya termasuk LG G Watch. Rujuk link dibawah untuk lebih informasi.
Halaman Android Wear
Halaman LG G Watch
8- Sokongan Root / Unlocked Bootloader / Custom Rom Dan Format
Bagi pengguna advance, ini merupakan salah satu elemen penting penggunaan Android dalam kehidupan seharian. Ketika artikel ini ditulis, LG G Watch boleh di root dan juga di unlokced bootloader sebagaimana telefon pintar android yang lain. Ini kerana sistem operasi Android Wear merupakan cabang kepada Android yang berasaskan Android 4.4 Kit Kat dan segala perkara adalah saling berkait.
Jam tangan pintar ini turut menerima sokongan custom recovery seperti TWRP dan CWM dan paling menarik, kini terdapat sebuah custom rom untuk LG G Watch yang mempunyai prestasi lebih baik dan bateri yang lebih tahan lama.
KELEBIHAN LG G WATCH
Secara ringkasnya, anda harus miliki jam tangan ini jika berkesempatan. Mungkin ada yang beranggapan masih terlalu awal untuk menggunakan Android Wear ketika ini, dan jika itu tanggapan anda, anda silap.
Ianya sebuah jam tangan dengan sistem operasi yang sedang giat dibangunkan dan semakin baik dari hari ke hari. Beratus-ratus aplikasi kini sedia untuk dimuat turun dan jumlahnya semakin bertambah. Turut menerima sokongan pembangunan Android seperti custom rom, ia sesuatu yang anda harus miliki untuk merasa kelainan yang ada.
Berikut antara kelebihan atau apa yang baik mengenai LG G Watch ini :
- Dikuasakan oleh Android Wear yang mesra pembangun
- Tali jam yang boleh ditukar ganti mengikut selera pengguna
- Kualiti skrin yang pada tahap terbaik untuk sebuah jam tangan pintar.
- Memudahkan urusan seharian anda
- Aplikasi sokongan yang kian bertambah menjadikan ia semakin menarik untuk dipakai
- Kalis air dan debu
KEKURANGAN LG G WATCH
Setiap perkara yang baru diperkenalkan akan mempunyai kekurangan sendiri, antara yang kami rasa agak kurang mengenai jam tangan pintar ini ialah :
- Prestasi bateri yang hanya mampu bertahan sehari suntuk berbeza dengan Sony SmartWatch 2 yang mampu bertahan selama 3 hari penggunaan.
- Skrin yang sukar untuk dilihat dengan jelas ketika siang dibawah sinaran matahari
- Rekabentuk kurang menarik
- Tiada butang power / on off
Anda boleh mendapatkan jam tangan pintar ini daripada Techbug.My pada harga RM999. Sebuah pembelian yang bagi saya adalah berbaloi dengan apa yang akan anda perolehi.
The post Review Kelebihan Kekurangan Android Wear LG G Watch – Hidup Kini Lebih Mudah appeared first on SOLEHEEN.