Siri Xperia Z telah pun dikemaskini ke Android 4.4.2 Kit Kat baru-baru ini membawakan firmware .230 untuk telefon pintar tersebut. Namun, beberapa isu serta masalah yang wujud dalam kemaskini itu membelenggu pengguna menimbulkan rasa tidak puas hati.
Sony Mobile dilihat cuba menyelesaikan masalah tersebut dan bakal mengeluarkan kemaskini baru untuk siri Xperia Z iaitu Android 4.4.4 Kit Kat membawakan firmware 10.5.1.A.0.283. Data dan maklumat mengenai kemaskini tersebut mula dikesan di laman web PTCRB dimana Xperia Z disenaraikan akan menerimanya tidak lama lagi.
Seorang pengguna turut berkongsi screenshot yang menunjukkan Xperia Z C6603 dilengkapi firmware 10.5.1.A.0.283 dan ini merupakan petunjuk bahawa siri Xperia Z iaitu Z,ZL,ZR dan Tablet Z akan menerimanya dalam masa terdekat.
The post Android 4.4.4 Kit Kat Bakal Dikeluarkan Untuk Siri Lama Xperia Z – Firmware 10.5.1.A.0.283 appeared first on SOLEHEEN.