Pengenalan Sony Xperia Z3 mungkin antara perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat Sony dan hari ini telefon pintar tersebut telah pun diperkenalkan secara rasmi serentak bersama 2 model baru iaitu Xperia Z3 Compact dan juga Xperia E3.
Sony Xperia Z3
Penyambung siri kejayaan Xperia Z1 dan juga Xperia Z2, Sony Xperia Z3 dilengkapi processor canggih namun agak ketinggalan dimana Sony masih menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801 berbanding Snapdragon 805 yang merupakan tercanggih buat masa ini.
Antara spesifikasi telefon pintar tahan lasak milik Sony ini ialah skrin 5.2 inci dengan resolusi 1080p, processor Snapdragon 801 berkelajuan 801, 3GB ram, Android 4.4.4 KitKat, kamera 20.7 megapiksel dengan fungsi 8X zoom dan 3X Clear Zoom, Rakaman 4K, 16GB internal memori dengan sokongan sdcard sehingga 128GB dan bateri 3100mAh.
Agak mengecewakan dimana Sony dilihat mengurangkan saiz bateri berbanding Xperia Z2 yang mempunyai bateri lebih besar bersaiz 3200mAh, namun pihak mereka menyatakan ia mampu bertahan selama 2 hari. Tidak banyak yang berubah berbanding Xperia Z2 melainkan spesifikasi yang ditambahbaik sedikit.
Sony Xperia Z3 Compact
Menyambung tradisi terdahulu, Xperia Z3 Compact turut diperkenalkan iaitu Xperia Z3 versi lebih kecil dengan skrin bersaiz 4.6 inci dengan resolusi 720p (vs 5.2 inci 1080p pada Xperia Z3), masih mengekalkan cip pemprosesan Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, namun saiz ram diturunkan kepada 2GB dan bateri yang lebih kecil iaitu 2600mAh.Telefon pintar ini didatangkan dengan pilihan warna yang terang dan ceria.
Antara ciri-ciri menarik yang diperkenalkan ialah speaker hadapan dengan teknologi S-Force Front Surround, Sony’s DSEE HX technology yang menambah baik kualiti MP3, PS4 Remote Play feature, ciri-ciri kalis air dengan rating tertinggi iaitu IP65/68 , skrin TRIMLUMINOS display dengan teknologi Live Color LED dan X-Reality.
Sony Xperia E3
Sony Xperia E3 merupakan telefon pintar di dalam kelas pertengahan yang dilengkapi sokongan LTE. Penyambung kepada kejayaan siri Xperia E, ia dilengkapi skri bersaiz 4.5 inci, 1GB Ram, 4GB memori dalaman, kamera 5 megapiksel dan bateri bersaiz 2330mAh.
The post Sony Xperia Z3, Xperia Z3 Compact Dan Xperia E3 Diperkenalkan – Sertai Famili Xperia appeared first on SOLEHEEN.