OnePlus One, sebuah telefon pintar yang hangat diperkatakan termasuk di Malaysia dan agak sukar untuk mendapatkannya memandangkan ia hanya dijual menggunakan sistem jemputan. Di Malaysia, Oneplus One turut dijual oleh beberapa penjual tempatan namun ianya merupakan versi biasa yang dipasang sistem operasi CyanogenMod 11S menggantikan Color OS padanya.
Berita baik bagi anda yang sedang menantikan kehadiran OnePlus One versi Antarabangsa iaitu dengan perkataan serta logo Cyanogenmod pada bahagian belakang, kini ia mula ditawarkan oleh Techbug.My sebuah kedai gajet online dalam unit yang terhad.
Masih mengekalkan spesifikasi canggih dan terbaik masa kini, apa yang membezakan antara versi Antarabangsa dan set biasa ialah, penggunaan logo di bahagian belakang selain didatangkan dengan sistem operasi Cyanogenmod 11S tanpa perlu di flash terlebih dahulu.
Kami difahamkan, hanya versi 64GB Sandstone Black ditawarkan buat masa ini dan ditawarkan pada harga RM1500. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, Techbug boleh dihubungi melalui facebook atau twitter mereka @techbug.
The post OnePlus One Cyanogenmod Versi Antarabangsa Kini Ditawarkan Di Malaysia appeared first on SOLEHEEN.