Permainan online merupakan satu fenomena yang telah lama bertapak di Malaysia.Dalam perkembangan terbaru, pihak Kingsoft Malaysia baru-baru ini telah pun melancarkan siri permainan atas talian terbaru milik mereka dikenali sebagai GeoPet Saga.
GeoPet Saga merupakan sebuah permainan online RPG yang membolehkan pemain bersaing dengan pemain dari seluruh dunia pada telefon pintar masing-masing. Jalan cerita anda bermula dengan pengembaraan ke Rivia, sebuah dunia mistik.
Bagi memudahkan pemain, 30 minit pertama diperuntukkan untuk sesi tutorial dan panduan lengkap bermain GeoPet Saga. Secara ringkasnya, anda akan mengembara bersama binatang peliharaan dan terlibat dalam perlawanan bersama pemain lain.
GPS didatangkan dengan beberapa ciri-ciri unik, dan yang paling ketara ialah “Brawl”. Sebuah fungsi dimana pemain mampu “scan” kehadiran pemain atau lawan yang berada berdekatan untuk berlawan.
Antara ciri-ciri lain ialah :
-800+ quest
-16 zones
-Brawl: Find other nearby players and do battle
-Interactive events on world map
-Upgrade, evolve and rebirth pet companion
-Daily reward system (Merit system)
-Achievements system
-Endless tower
-Titles system
-Arena system
Antara perkara yang paling dirisaukan kebanyakkan pemain permainan online ialah jumlah penggunaan mobile data samada efisyen ataupun tidak memandangkan kebanyakkan tidak mempunyai jumlah kuota yang tinggi.
[youtube url="http://www.youtube.com/watch?v=pHI9Anfp-2A"]
GeoPet Saga menjanjikan penggunaan data yang tidak terlalu banyak sekaligus menjimatkan penggunaan kuota pemain dan anda tidak perlu lagi risau akan kehabisan data.
Dengan hanya 400kb data digunakan untuk setiap 30 minit permainan, anda akan dapat melihat penjimatan yang ketara.
Bagi anda yang berminat, GeoPet Saga boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti Android melalui Google Play Store, namun buat masa ini, ianya masih dalam peringkat Beta Tertutup. Manakala untuk peranti iOS pula akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Segala maklumat dan informasi mengenai GeoPet Saga ini boleh diperolehi daripada laman rasmi facebook mereka @GeoPet Saga.
The post Kingsoft GeoPet Saga Dilancarkan Secara Rasmi appeared first on SOLEHEEN.