Quantcast
Channel: Health
Viewing all articles
Browse latest Browse all 803

Samsung Galaxy A5 dan Galaxy A3 Bakal Diperkenalkan Dengan Rekaan Unibody Berasaskan Aluminum

$
0
0

Samsung Galaxy Alpha merupakan telefon pintar pertama milik Samsung yang diperkenalkan dengan rekabentuk baru iaitu rekaan unibody yang jauh lebih menarik dan berbeza daripada rekabentuk pada siri Galaxy S mereka.

Bakal menyertai siri Galaxy Alpha dengan rekaan unibody ialah 2 telefon pintar yang dikatakan bakal diperkenalkan pada bulan hadapan iaitu Samsung Galaxy A3 dan juga  Galaxy A5. Beberapa kepingan gambar turut dikongsikan oleh sebuah laman web teknologi Mexico menunjukkan dengan jelas rupabentuk telefon pintar tersebut.

Samsung Galaxy A5 , sebuah telefon pintar dengan skrin HD Super Amoled Display bersaiz 5 inci, kamera bersaiz 13 megapiksel dan 5 megapiksel di bahagian hadapan, cip pemprosesan Snapdragon 400, memori dalaman 16GB dan bateri bersaiz 2330 mAh. Ia akan turut mempunyai cover belakang yang tidak boleh ditanggalkan dan menggunakan sim nano padanya.

Jika dilihat dari segi spesifikasi yang dikongsikan, Galaxy A5 merupakan sebuah telefon pintar di dalam kelas pertengahan yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 400. Untuk menjadikan ia tampak premium namun kekal dengan harga rendah, Samsung dikatakan bakal menggunakan bahan unik dan khas dalam pembuatan cover belakang smartphone tersebut.

Samsung Galaxy A3 pula merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang menyokong fungsi dual sim dengan sokongan LTE. Selain Galaxy A5 dan juga Galaxy A3 , sebuah lagi telefon pintar dalam siri Galaxy A Samsung ialah Galaxy A7 yang dilengkapi skrin bersaiz 5.5 inci dengan sokongan dual sim.

Menyentuh mengenai soal harga, Samsung Galaxy A5 bakal dijual pada harga sekitar $400 – $450 (RM1300- RM1500), Galaxy A3 pada harga sekitar $350 -$400 (RM1200- RM1300) dan Galaxy A7 pada harga sekitar $500 (RM1650).

SUMBER | VIA | VIA

The post Samsung Galaxy A5 dan Galaxy A3 Bakal Diperkenalkan Dengan Rekaan Unibody Berasaskan Aluminum appeared first on SOLEHEEN.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 803

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.