Harga Lenovo Vibe Z2 Pro Di Malaysia, Vibe Z2 Pro merupakan antara telefon pintar tercanggih Lenovo ketika dan berita baik buat anda yang masih tertanya-tanya mengenai harga dan spesifikasi Lenovo Vibe Z2 Pro, kini ia telah mula di tawarkan oleh penjual tempatan. Smartphone ini dilengkapi spesifikasi yang lebih baik berbanding Lenovo Vibe X2 dan setaraf dengan model terkenal yang lain seperti Galaxy Note 3 dan juga OnePlus One.
Lenovo Vibe Z2 Pro merupakan telefon pertama keluaran Lenovo yang menggunakan kamera 16 MP milik Sony buat masa ini selain di datangkan dengan dual-LED flash. Ianya bersaiz 6 inci dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan nipis. Mengenai harga semasa yang di tawarkan oleh penjual tempatan adalah dalam anggaran RM2200. Namun buat masa ini hanya di datangkan dengan satu warna sahaja iaitu gold.
Antara ciri-ciri lain untuk Lenovo Vibe Z2 Pro ialah:
– Dual-sim
– 32 GB, 3 GB RAM
– Android OS, v4.4.2 (KitKat)
– Qualcomm MSM8974AC Snapdragon 801 + Adreno 330
– Quad-core 2.5 GHz
– 4000 mAh battery
– 16 MP (rear camera) dual-LED flash + 5 MP (front camera)
Jadi adakah anda berminat untuk memiliki phone Lenovo Vibe Z2 Pro? Anda boleh kongsikan sebarang pendapat mengenai phone tersebut di ruangan komen.
The post Harga Lenovo Vibe Z2 Pro Di Malaysia appeared first on SOLEHEEN.