Penantian pengguna Nexus untuk mengemaskini peranti-masing-masing ke Android 5.0 Lollipop kini berakhir apabila Google bermula hari ini telah mengeluarkan file factory image Android 5.0 Lollipop kepada hampir semua siri peranti Nexus mereka. Malangnya, buat mereka yang menggunakan Nexus 4 dan Nexus 7 2012, file factory image Android 5.0 Lollipop untuk smartphone tersebut masih belum dikeluarkan buat masa ini.
Jika anda ingin mengemaskini secara manual menggunakan fastboot command, file factory image untuk setiap peranti Nexus boleh dimuat turun mlalui halaman rasmi Google Developer. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku ketika kemaskini manual dilakukan.
Android 5.0 Lollipop membawakan pelbagai perubahan besar menggunakan konsep Material Design, menjadikan keseluruhan antaramuka Android terbaru ini berubah. Turut dilengkapi dengan fungsi dan ciri-ciri baru, antaranya fungsi Battery Saver, Android 5.0 Lollipop merupakan sistem operasi Google terbaik masa kini.
Bagi senarai telefon pintar yang akan dikemaskini kepada Android 5.0 Lollipop kelak, anda boleh rujuk artikel Senarai Telefon Pintar Android 5.0 Lollipop dan lihat samada telefon pintar tersenarai atau tidak.
Sumber | Google Developers
The post Android 5.0 Lollipop Untuk Peranti Nexus Dikeluarkan Secara Rasmi – Muat Turun Sekarang appeared first on SOLEHEEN.