iPad Air 2 dan iPad Mini kini mula dijual secara rasmi di Malaysia oleh Apple Online Store Malaysia, berita baik bagi anda yang sedang menunggu ketibaan kedua-dua tablet tersebut ke Malaysia. Apple iPad Air generasi kedua merupakan siri tablet terbaru milik Apple selepas kejayaan besar mereka ketika memperkenalkan iPad Air tidak lama dahulu.
Tablet ternipis daripada Apple tersebut mula dijual pada harga serendah RM1599 untuk model asas 16GB sehingga RM2249 bagi model 128GB wifi sahaja dan untuk senarai penuh harga siri iPad di Malaysia ketika ini boleh dirujuk melalui gambar dibawah.
Secara ringkasnya, iPad Air 3 merupakan tablet tercanggih milik Apple ketika ini yang dilengkapi cip pemprosesan berkuasa tinggi triple-core A8X chip dan 2GB ram. Manakala untuk iPad Mini 3, ia merupakan generasi terbaru iPad Mini namun tidak banyak prerubahan yang dilakukan oleh Apple kepada iPad Mini 3 berbanding model terdahulu.
Jika anda bukan peminat barangan Apple atau sistem operasi iOS mereka, berita baik buat anda dimana HTC Nexus 9 juga sudah mula boleh di dapati di Malaysia pada harga yang tidak jauh berbeza. Nexus 9 boleh didapatkan melalui Techbug.My pada harga RM1699 untuk versi 16GB wifi sahaja.
SUMBER | Apple Store Malaysia
The post iPad Air 2 Dan iPad Mini 3 Kini Rasmi Di Malaysia – Melalui Apple Store Malaysia appeared first on SOLEHEEN.