[dropcaps style="square"]C[/dropcaps]ES secara ringkasnya adalah satu pameran elektronik dimana para pengeluar barangan elektronik termasuk gajet akan berkumpul di satu tempat dan akan mengumumkan produk serta peranti terbaru yang bakal dikeluarkan oleh mereka.Antara syarikat gergasi yang terlibat adalah SONY, SAMSUNG dan beberapa nama besar yang lain.
Sony seperti yang diberitahu oleh wakil mereka dijangka akan mengumumkan barisan siri Xperia 2013 yang dihasilkan bagi menyaingi beberapa gergasi smartphone seperti iPhone 5 dan juga Samsung Galaxy S3.Smartphone tersebut ialah Xperia Z [Yuga] dan juga Xperia ZL [Odin]
Pengumuman tersebut akan diadakan pada 7 Januari ini pada Acara CES13 di Las Vegas.Walaupun ianya berbentuk jemputan dimana hanya wakil media yang dijemput sahaja akan hadir,pihak mereka turut akan menyediakan siaran secara “Live Streaming” supaya orang ramai tidak ketinggalan untuk mengetahui tentang apa yang bakal diumumkan oleh SONY.
UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS
Sidang Media tersebut dijangka akan berlangsung selama 45 minit dan bagi rakyat Malaysia yang berminat boleh mengikuti siaran live streaming pada hari Selasa, 8 January 2013, jam 09:00 melalui link berikut.
Live Streaming Sony CES13
Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial dunia android dan dunia gajet atau anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.
The post Sidang Media Sony Sempena CES13 Pada 8 Jan Ini, Ikutinya Secara Live Streaming appeared first on SOLEHEENDOTCOM.