Samsung Galaxy A5 di Malaysia 8 Januari 2015 ini, itu mungkin berita baik buat anda yang menunggu ketibaannya. Siri Galaxy A milik Samsung ini merupakan telefon pintar di dalam kelas pertengahan akan tetapi hadir dengan rekabentuk serta binaan premium disasarkan untuk golongan muda. Selain Galaxy A5, Samsung Galaxy A3 turut dijangka akan diperkenalkan bersama.
Kemaskini : Harga Samsung Galaxy A5 Di Malaysia
Samsung Galaxy A5, sebuah telefon pintar dengan skrin 5 inci (720p), cip pemprosesan Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 2GB ram, memori dalaman 16GB (sdcard 64GB), kamera utama 13 megapiksel, 5 megapiksel di bahagian hadapan untuk kepuasan selfie anda, sokongan LTE dan bateri Li-Ion bersaiz 2300 mAh. Telefon pintar ini juga hadir dengan Android 4.4.4 Kit Kat.

Samsung Galaxy A5
Manakala Samsung Galaxy A3 pula dilengkapi spesifikasi yang lebih rendah berbanding A5, antaranya ialah skrin bersaiz 4.5 inci, cip pemprosesan Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 1.5GB ram, memori dalaman 16GB (sdcard 64GB), kamera utama 8 megapiksel, 5 megapiksel di hadapan, Android 4.4.4 Kit Kat, sokongan LTE dan bateri bersaiz 1900 mAh.

Samsung Galaxy A3
Menyentuh mengenai soal harga, buat masa ini tiada maklumat mengenai harga yang akan ditawarkan dan dijangka akan diumumkan ketika acara pelancarannya kelak. Jadi adakah anda akan mendapatkannya?
Follow @soleheenThe post Samsung Galaxy A5 Di Malaysia 8 Januari Ini – Telefon Pintar Dengan Rekabentuk Premium Dari Samsung appeared first on SOLEHEEN.