Cara root Xperia Z3 mungkin agak sukar buat pengguna baru yang tidak mahu membuka bootloader telefon pintar masing-masing memandangkan tiada cara yang boleh dilakukan sebelum ini. Namun, berita baik buat anda yang menggunakan Xperia Z3 dan ingin root telefon pintar masing-masing dimana satu cara mudah untuk root Xperia Z3 telah pun diperkenalkan oleh pembangun di forum XDA Developer.
Proses root yang diperkenalkan tidak memerlukan anda untuk melakukan proses “unlocked bootloader” dan hanya melibatkan proses yang sangat mudah dan tidak rumit. Giefroot – rooting tool (CVE-2014-4322) diperkenalkan untuk Xperia Z3 dengan firmware .93 dan proses root bagi firmware .77 adalah sedikit berlainan.
Proses root .77 memerlukan sedikit asas dalam menukar serta flash firmware namun ianya tidak terlalu sukar untuk dilakukan. Bagi anda yang berminat, kami akan mengeluarkan tutorial berbahasa melayu dalam masa terdekat.
Tutorial lengkap berbahasa inggeris boleh dilihat melalui pautan di Xda Dev.
Follow @soleheenThe post Xperia Z3 Kini Berjaya Di Root – Selepas Sekian Lama appeared first on SOLEHEEN.