Cara Root Xiaomi Mi3 MIUI 6.3.3.0, kali ini kami tampil dengan video tutorial root Xiaomi Mi3 yang menggunakan firmware terbaru iaitu MIUI 6.3.3.0 (KXDCNBL). Ianya agak mudah untuk dilakukan dan boleh dibuat tanpa perlu menggunakan komputer.
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan telah pun kami terangkan dalam video di bawah ini dan penerangan ringkas secara bertulis ada disediakan bagi memastikan anda lebih memahami tutorial yang ditunjukkan.
1- Pastikan anda menggunakan Xiaomi Mi3 W dengan firmware MIUI 6.3.3.0 (KXDCNBL).
2- Muat turun 2 file dibawah dan masukkan ke dalam memori phone.
– Recovery
– SuperSU v2.40
3- Buka aplikasi “Updater” > tekan menu > pilih “Select Update Package”.
4- Pilih file recovery yang anda telah masukkan kedalam phone tadi.
5- Install dan tunggu proses selesai.
6- Reboot phone anda.
7- Selesai reboot, off kan kembali.
8- Kemudian masuk ke mode recovery dengan cara tekan butang power + volume up serentak untuk 3-4 saat.
9- Pergi ke bahagian “Advance” > Active System > pilih Sistem 2 .
10- Kemudian pilih “Install .zip from sdcard” > dan pilih file su.zip yang telah dimasukkan tadi > pilih Install .zip to Sistem2.
11- Pilih Fix Root.
12- Reboot telefon Mi3 anda.
13- Pilih Fix Root sekali lagi apabila diminta.
14- Selesai dan nikmati Mi3 anda yang telah di root.
Untuk menyemak samada telefon Mi3 anda mempunyai akses root penuh, muat turun aplikasi Root Checker dari Play Store dan jalankan. Jangan lupa kongsikan artikel tutorial ini bersama rakan anda.
Follow @soleheenThe post Cara Root Xiaomi Mi3 MIUI 6.3.3.0 Android 4.4.4 Kit Kat appeared first on SOLEHEEN.