Siri telefon pintar OPPO antara siri telefon pintar yang dikenali ramai bukan sahaja kerana pengiklanan besar-besaran yang dilakukan mereka akan tetapi turut dikenali dalam menghasilkan telefon pintar dilengkapi spesifikasi tinggi.
Oppo Find 7a misalnya menjadi sebutan apabila dilengkapi dengan kamera yang mampu menghasilkan gambar dengan kualiti 50 megapiksel menggunakan kamera 13 megapiksel yang terdapat padanya.
Kini kamera sama yang digunakan Oppo Find 7a boleh digunakan peranti Oneplus One. Seorang pembangun XDA Dev, BOOTMGR (Recognized Contributor) telah pun melakukan proses penyesuaian aplikasi stock kamera ColorOS kepada OnePlus One, membolehkan segala fungsi asas yang ada pada kamera peranti Oppo tersebut berfungsi pada OnePlus One.
Disertakan dengan cara pemasangan yang tidak rumit, pengguna hanya perlu memuat turun kesemua file apk kamera dan plugin dan pasang seperti biasa pada peranti OnePlus One. Muat turun file apk melalui pautan dibawah dimana arahan pemasangan turut disertakan.
Percubaan kami memasang kamera ini pada peranti OnePlus One yang menggunakan custom rom Android 5.0 Lollipop, Paranoid Android berjaya akan tetapi hasil yang diberikan tidak sebaik yang disangkakan. Masih terdapat bugs yang perlu diselesaikan.
Follow @soleheenThe post Kamera ColorOS Pada Peranti OPPO Kini Boleh Dipasang Pada OnePlus One appeared first on SOLEHEEN.