Bagi anda yang sedang sabar menanti Asus Zenfone 2 versi 4GB ram di Malaysia, berita baik buat anda dimana pihak DirectD telah pun menawarkan telefon pintar tersebut pada harga RM1299.
Untuk model ZE551ML , ianya hadir dalam dua pilihan iaitu versi 2GB ram dan juga 4GB ram. Kedua-dua versi ini turut mempunyai model processor dengan kelajuan berbeza. ZE551ML versi 4GB ram dilengkapi 2.3GHz quad-core Z3580 Intel processor manakala versi 2GB ram menggunakan 1.8GHz quad-core Z3560 Intel processor. Untuk spesifikasi lain, tiada yang berbeza. Kedua-duanya turut mempunyai rupabentuk yang sama.
Untuk 2 model lain iaitu Zenfone 2 ZE550ML dan ZE500CL, anda boleh mendapatkannya pada harga sekitar RM980 (ZE550ML ) dan RM730 untuk model ZE500CL. Perbezaan antara kesemua model boleh dirujuk pada gambar perbandingan di bawah.
sumber | DirectD | Gambar | Directd
Follow @soleheenThe post Asus Zenfone 2 ZE551ML 4GB Ram Kini Di Malaysia – RM1299 appeared first on SOLEHEEN.