Google Lens merupakan satu ciri yang direka khas oleh Google eklusif untuk peranti Pixel mereka. Namun hak eklusif Pixel tersebut nampaknya tidak kekal lama selepas pembangun di halaman forum XDA Dev menjumpai cara untuk memasang Google Lens pada peranti lain.
Apa itu Google Lens? Ia merupakan satu ciri dimana anda boleh mendapatkan maklumat dengan hanya berpandukan gambar yang diambil. Sebagai contoh, pengguna mengambil gambar kucing peliharaan, aktifkan fungsi Google Lens ia akan memaparkan maklumat berkaitan mengenai kucing tersebut seperti jenis baka dan lain-lain. Ini disahkan berlaku pada salah seorang Redditor.
Muslihat yang digunakan ialah dengan mengubah beberapa line kod dan membuatkan aplikasi Google Photos yang dipasang pada peranti selain Pixel menganggap bahawa peranti yang digunakan adalah peranti Pixel sekaligus membenarkan fungsi Google Lens digunakan.
Baca : Senarai Smartphone Sony Xperia Yang Bakal Terima Android 8.0 Oreo
Untuk mengubah kod yang dimaksudkan, pembangun ZeevoX telah menghasilkan satu file yang mengandungi kod yang diperlukan dan anda hanya perlu flash file tersebut melalui recovery. Ciri eksklusif Google pixel tersebut akan terus dapat digunakan dan anda boleh mendapatkan maklumat melaluinya.
Dibawah merupakan kemampuan yang disenaraikan oleh Google :
Fungsi Mengenal Pasti
- Hasil seni
- Barcodes
- Buku
- Bangunan
- Mercu tanda
- Movies
- Album Muzik
- Tugu
- Tempat / Lokasi
- Lukisan
- DLL
Fungsi lain :
- Menambah contact berdasarkan kad nama
- Terjemahan bahasa
- Mencari maklumat mengenai produk
- Membuka laman web di pelayar web anda
- Mengenal pasti jenis haiwan dan tumbuhan
- Menyimpan tarikh dari gambar poster seperti poster movie di pawagam
Dah baca ke belum artikel Google Pixel 2 Kini Rasmi! ?
Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan proses pemasangan dan telah pun mempunyai akses root dan recovery terpasang pada peranti masing-masing. Setakat ini beberapa peranti dilihat tidak mempunyai masalah dan Google Lens berfungsi seperti ia berfungsi pada siri Google Pixel.
Rujuk halaman forum XDA Dev dan ikut arahan yang disertakan jika anda berminat untuk mencubanya.
sumber : XDA Dev
The post Google Lens Kini Boleh Dipasang Pada Peranti Lain appeared first on soleheen.