Harga Xiaomi Redmi Note 5 ketika awal pelancaran dahulu boleh dianggap antara yang paling berbaloi untuk sesebuah smartphone. Spesifikasi yang digunakan smartphone ini menjadikan ia sebagai salah sebuah peranti kelas pertengahan yang patut anda miliki.
Kini selepas pengenalan Xiaomi Mi A2 secara rasmi beberapa minggu lepas, Mi Malaysia dilihat mula memberi potongan harga untuk dua model Redmi Note 5 mereka. Ini menjadikan ia semakin berbaloi untuk dimiliki.
Melihat kepada spesifikasi yang digunakan, Xiaomi Redmi Note 5 dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 636, pilihan ram antara 3GB atau 4GB, memori terbina 32GB / 64gb eMMC dengan sokongan sdcard sehingga 256GB, bateri bersaiz 4,000mAh dengan sokongan Quick Charging 2.0, skrin 18:9 bersaiz 5.99 inci HD penuh dan sistem operasi MIUI9 yang terkenal dengan kepantasannya.
Baca : Xiaomi Pocophone F1 – Apa Cerita Setakat Ini?
Anda boleh mendapatkan peranti ini melalui kedai rasmi Mi Malaysia di Lazada dan kedai berdekatan.
The post Harga Xiaomi Redmi Note 5 Di Malaysia Kini Semakin Berbaloi appeared first on soleheen.