Setelah hampir setahun beroperasi secara rasmi sebagai sebuah blog teknologi mobile , kami di soleheen.com berbesar hati untuk menganjurkan sebuah giveaway yang lebih berbentuk contest untuk para pembaca setia kami.Giveaway ini bertujuan untuk memperkenalkan soleheen.com kepada lebih ramai pembaca di luar sana disamping meluaskan jaringan antara blogger.
Caranya mudah dimana anda hanya perlu review blog kami dan nyatakan bagaimana smartphone/tablet memberi kesan negatif / buruk kepada hidup anda .Rujuk detail dibawah :
1- Tulis 1 review mengenai blog ini.
- Review berkaitan apa sahaja, pendapat , cadangan , kritikan , kutukan dan sebagainya ikut suka anda.
2- Nyatakan smartphone yang anda gunakan dan keburukan yang anda terima akibat memakai smartphone tersebut.
- Ya , kami ingin anda nyatakan kesan negatif anda menggunakan smartphone.Menyatakan kesan positif merupakan sesuatu yang sangat “mainstream” jadi kami inginkan kelainan iaitu dengan meminta anda menyatakan kesan buruk nya kepada diri anda sendiri.Contoh :
Sejak menggunakan smartphone Galaxy S4 , hubungan saya dengan pakwe makin renggang dan akhirnya kami clash demi kebaikan Galaxy S4 saya.
3- Sertai facebook page serta twitter soleheen.com
- Ini boleh dikatakan wajib memandangkan keputusan akan diumum di page dan juga twitter kami, jadi macam mana anda nak tau yang anda menang kalau tak like facebook dan follow twitter kami.
4- Paste kan link pada bahagian Facebook Comment
- Selesai tulis entri penyertaan , paste link entri anda di bahagian Facebook Comment di bawah.
5- Tarikh tutup penyertaan
- Contest ini akan berjalan selama 2 minggu atau sehingga kami rasakan jumlah penyertaan telah mencukupi.
TIPS UNTUK MENANG MUDAH?
- [Top referral] Peserta dengan referral paling tinggi akan mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang.
- Kami akan lihat pada jumlah LIKE pada entri anda sebagai markah tambahan jika saingan sengit.Bermaksud makin banyak like untuk entri penyertaan anda maka makin cerah peluang untuk menang.
- Senaraikan kami di sidebar blog anda juga akan menjadi 1 bonus untuk anda.
- Semakin ramai kawan yang anda tag untuk join, semakin cerah peluang.
HADIAH ?
Ingin jadi penaja contest ini ? Hubungi kami di Facebook page atau email kami di exevirus32@gmail.com
- Pemenang akan mendapat 1 unit earphone Sonic Gear Earpump bernilai RM59 + Topup bernilai RM10.
- Sagu hati kad tambah nilai bernilai RM10 untuk seorang.
- Hadiah akan dikemaskini jika ada penaja yang ingin menaja contest ini.
Jadi , tunggu apa lagi.Jom sertai sekarang dan ajak rakan-rakan anda yang lain untuk turut serta.Ingin tahu lebih banyak info tips dan tutorial mengenai android smartphone ?
Jangan lupa sertai facebookpage | Twitter | Youtube soleheendotcom dan anda juga boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.
KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE
The post Tech Giveaway By SOLEHEENDOTCOM : Review Dan Menang appeared first on SOLEHEENDOTCOM.