Samsung Galaxy Note 9 vs Galaxy Note 8 – antara perkara yang ramai ingin tahu samada adakah terdapat perbezaan ketara antara kedua peranti flagship siri Note milik Samsung ini ataupun tidak. Secara asas nya, terdapat perbezaan yang boleh dianggap ketara, terutamanya dari segi kebolehan S-Pen Galaxy Note 9 dan juga sistem kamera yang digunapakai.
Anda boleh rujuk jadual perbandingan spesifikasi dibawah untuk melihat apa yang membezakan antara keduanya.
Galaxy Note 9 | Galaxy Note 8 | |
Display | 6.4-inch Quad HD+ (2960×1440) Infinity, Super AMOLED, 18.5:9, 516 ppi | 6.3-inch Quad HD+ Infinity, Super AMOLED, 18.5:9, 521 ppi |
S Pen | Yes, 4,096 pressure levels, Bluetooth control | Yes, 4,096 pressure levels |
Processor | Exynos 9810/Snapdragon 845 Octa-core, 10nm, 64-bit | Samsung Exynos 8895/Qualcomm Snapdragon 835, 64-bit, 10nm |
RAM | 6GB/8GB | 6GB |
Rear Camera | 12-megapixel primary, Dual Aperture (F1.5-F2.4), Dual Pixel, OIS 12-megapixel telephoto secondary, F2.4, 2x optical zoom, OIS |
12-megapixel primary, F1.7, Dual Pixel, OIS 12-megapixel telephoto secondary, F2.4, OIS, 2x optical zoom |
Front camera | 8-megapixel autofocus, F1.7 aperture | 8-megapixel, autofocus, f/1.9 |
Storage | 128GB/512GB internal, microSD slot (up to 512GB) | 64GB/256GB internal, microSD slot (up to 256GB) |
Software | Android 8.1 Oreo, upgradeable to Android 9.0 Pie | Android 7.1.1, upgradeable to Android 8.0 |
Battery | 4,000 mAh, fast wired and fast wireless charging | 3,300 mAh, fast wired and fast wireless charging |
Connectivity | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, MU-MIMO, LTE Cat.18, Bluetooth® v 5.0, ANT+, USB Type-C, NFC, GPS, Galileo, Glonass, BeiDou) |
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, LTE Cat.16, MU-MIMO, Bluetooth® v 5.0, ANT+, USB Type-C, NFC, GPS, Galileo, Glonass, BeiDou
|
Security | Fingerprint sensor (rear), iris scanner, facial recognition, Intelligent Scan (iris + face) | Fingerprint sensor (rear), iris scanner, facial recognition |
Other features | Samsung Pay (NFC+MST), Bixby 2.0, IP68 water resistance, heart rate sensor, AKG earphones, stereo speakers, Dolby Atmos, DeX mode, AR Emoji, Super slow-mo (960 fps) | Samsung Pay (NFC+MST), Bixby, water resistance, heart rate sensor, AKG earphones |
Dimensions | 161.9 x 76.4 x 8.8mm, 201g | 162.5 x 74.8 x 8.6 mm, 195g |
Perkara yang dihighlightkan merupakan perbezaan yang boleh dilihat dari segi spesifikasi. Samsung Galaxy Note 9 mempunyai :
1- Skrin Super Amoled yang lebih besar
2- S-Pen yang ditambahbaik menjadi alat kawalan menggunakan Bluetooth
3- Cip pemprosesan 10nm yang lebih pantas(Exynos 9810 untuk pasaran Global)
4- Ram lebih besar iaitu 8GB ram.
5- Kamera dual-aperture untuk keupayaan mengambil gambar lebih baik
6- Memori terbina lebih besar iaitu 512GB dengan sokongan sdcard 512GB
7- Jaminan kemaskini selama dua tahun menjadikan Galaxy Note 9 akan mendapat Android Q.
8- Saiz bateri yang lebih besar, 4000mAh.
9- Ciri-ciri tambahan yang lebih baik seperti Intelligent Scan, Super Slo-Mo 960fps, AR Emoji terbina, termasuk DeX Mode yang lebih baik tanpa adapter besar.
Baca : Smartphone Terbaik Untuk Youtube Menurut Youtube
Dari segi perisian pula, Samsung Galaxy Note 9 dilengkapi dengan pelbagai ciri yang tidak terdapat pada Galaxy Note 8. Bahagian kamera Galaxy Note 9 kini dilengkapi dengan Artificial Intelligent ataupun kecerdasan buatan. Ia berupaya mengesan 20 jenis suasana termasuk jenis objek yang ingin diambil. Selain itu, Samsung turut memasukkan fungsi yang dipanggil sebagai “Flaw Detection” dimana ia mampu mengesan kekurangan pada gambar yang bakal diambil. Contohnya jika anda ingin mengambil gambar selfie tetapi mata berkelip atau tertutup, kamera Galaxy Note 9 ini akan memberitahu bahawa mata anda berkelip atau tertutup.
Seperkara lagi ialah mengenai rekaan Samsung Galaxy Note 9 ini, secara mata kasar, tidak banyak perbezaan dengan Galaxy Note 8, akan tetapi dibahagian dalam, Galaxy Note 9 dilengkapi satu teknologi yang dipanggil “water carbon cooling system”. Ia berupaya mengurangkan risiko kepanasan melampau atau overheat peranti tersebut sebanyak 21 peratus. Ini merupakan salah satu ciri yang memfokuskan kepada pengalaman bermain permainan mudah alih pada Galaxy Note 9.
Perkara lain yang turut menjadi tumpuan utama ketika pengenalan Samsung Galaxy Note 9 ialah S-Pen yang didatangkan bersama phablet tersebut. Setiap aspek pada S-Pen ditambahbaik termasuk keupayaannya untuk menjadi alat kawalan Galaxy Note 9 melalui sambungan Bluetooth.

Antara kemampuan baru S-Pen ialah mengawal aplikasi pada Galaxy Note 9 samada kamera, pembentangan slide PowerPoint dan ketika menonton video kegemaran. Butang yang terdapat S-Pen ini juga boleh diubah tetapannya mengikut citarasa pengguna.
Baca : Kenapa Anda Wajib Pastikan Smartphone Anda Sentiasa Dikemaskini
Baca : Android 9.0 Pie – Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Samsung menggunakan apa yang dipanggil sebagai SuperCapacitor yang mampu mengecas bateri S-Pen Galaxy Note 9 ke tahap penuh dalam masa 40 saat sahaja.
Antara perbezaan lain pada kedua peranti Note ini ialah jaminan kemaskini sistem operasi. Tradisi Samsung ialah setiap peranti flagship akan diberi jaminan kemaskini selama dua tahun. Sebagai contoh, Galaxy Note diperkenalkan dengan Android 7.0 nougat, dua tahun jaminan kemaskini akan membolehkan peranti tersebut menerima kemaskini Android 9.0 Pie. Jadi, bagi Galaxy Note 9, ia diperkenalkan dengan Android 8.1 Oreo dan akan menerima kemaskini Android Q apabila ia dilancarkan kelak.
Itu sedikit sebanyak mengenai perbezaan antara Samsung Galaxy Note 9 dan Samsung Galaxy Note 8. Bagi kami, ianya agak berbaloi untuk dimiliki walaupun anda menggunakan Galaxy Note 8 sebelum ini. Pihak Samsung Malaysia juga telah membuka tawaran pra-tempah untuk Galaxy Note 9 bermula pada harga RM3699 bagi versi 128GB dan mencecah RM4599 bagi versi 512GB.
The post Samsung Galaxy Note 9 vs Galaxy Note 8 – Sengit! appeared first on soleheen.