Google Pixel 3 diperkenalkan dengan pelbagai ciri premium yang meletakkan peranti tersebut di dalam kelasnya yang tersendiri. Salah satu perkara yang tidak disentuh ialah penggunaan sistem file Google Pixel 3 yang menggunakan F2FS milik Samsung. Ianya agak kontroversi namun lebih beraksi dengan lebih baik dan laju berbanding sistem file tradisional kebanyakkan smartphone sekarang, iaitu ext4.
AndroidPolice dalam laporan mereka menyatakan Google mengambil keputusan untuk menggunakan F2FS yang dibina oleh Samsung pada tahun 2012. Untuk menerangkan mengenai sistem file F2FS ini agak merumitkan dan susah untuk difahami. Secara asasnya apa yang boleh difahami ialah ini antara kebaikan menggunakan F2FS :-
1- Proses read and write pada memori peranti lebih laju berbanding ext4 ( fikirkan ssd pada komputer)
2- Meningkatkan kelajuan smartphone.
3- Kebarangkalian untuk smartphone menjadi perlahan apabila memori penuh adalah susah untuk berlaku.
4- Proses membuka aplikasi lebih pantas termasuk aplikasi berat dan permainan mudah alih.
Baca: OPPO R19 Bakal Hadir – Rekaan Skrin Mengancam!
Mengapa tidak semua peranti menggunakan F2FS? Ini adalah kerana, ianya dikatakan tidak berapa stabil dan terdapat beberapa isu yang membelenggu diawal pengenalannya dahulu. Akan tetapi untuk tahun 2018 ini, sistem file tersebut dilihat sudah cukup stabil bagi menyakinkan Google untuk menggunakannya pada Google Pixel 3.
Antara peranti yang pernah mengguna F2FS ialah Google (HTC) Nexus 9, Oneplus 3T dan Motorola Moto X.
Adakah ini bermakna sistem file EXT4 pada kebanyakkan smartphone tidak bagus dan jauh ketinggalan berbanding F2FS milik Samsung? Secara amnya, tidak. Terdapat beberapa perdebatan mengenai prestasi sebenar F2FS vs ext4, ada yang mengatakan tiada perbezaan walaupun ujian penanda aras (benchmark) telah membuktikan F2FS secara teknikalnya, lebih pantas proses Read and Write nya. Pihak XDA Dev diawal pengenalan OnePlus 3T mengaku merasa hairan dan terkejut apabila membandingkan prestasi OnePlus 3 yang tidak menggunakan F2FS dan OnePlus 3T dilengkapi F2FS. OnePlus 3T dilihat lebih pantas, smooth dan laju dan ianya agak ketara berbanding OnePlus 3.
sumber : AndroidPolice , XDA Dev
The post Google Pixel 3 Menggunakan File System F2FS Samsung – Sangat Laju? appeared first on soleheen.