Xiaomi Black Shark 2 bakal diperkenalkan tidak lama lagi dan kini sedikit sebanyak spesifikasi smartphone gaming generasi kedua dari siri Black Shark telah pun diketahui. Seperti jangkaan ramai, ia akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845 yang merupakan cip pemprosesan terbaik Qualcomm. Ini sekaligus meletakkan Black Shark 2 sebaris dengan Razer Phone 2 dan juga ASUS ROG Phone.
Spesifikasi lain yang akan digunakan ialah sistem operasi Android 8.0 Oreo, sesuatu yang agak mengejutkan memandangkan Android 9.0 Pie telah pun dikeluarkan tidak lama dahulu. Maklumat tersebut dikesan pada laman penanda aras Geekbench. Black Shark 2 juga akan menggunakan ram sebesar 8GB, berbeza dengan Xiaomi Mi Mix 3 yang akan dilancarkan dengan ram sebesar 10GB.
Black Shark 2 dikhabarkan akan dilancarkan pada bulan April 2019 kelak, sama-sama kita nantikan.
The post Xiaomi Black Shark 2 – Dilengkapi Snapdragon 845 Dan Masih Android Oreo appeared first on soleheen.