OnePlus hari ini mengumumkan akan melancarkan OnePlus 6T sehari lebih awal iaitu pada 29 Oktober 2018 berbanding tarikh pelancaran asal yang akan berlangsung pada 30 Oktober 2018.
Ini bertujuan untuk mengelakkan pertembungan dengan acara syarikat gergasi Apple yang dijadualkan akan turut berlangsung pada 30 Oktober akan datang. Apple dijangka akan mengumumkan barisan kemaskini komputer peribadi mereka, MacBook termasuk tablet generasi baru, iPad.
Pengumuman oleh OnePlus dibuat oleh CEO mereka sendiri, Pete Lau kepada media yang dijemput. Mmebuat pengumuman pada hari yang sama dengan peranti Apple bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan dimana segala tumpuan akan diberikan kepada pengumuman Apple iPad berbanding OnePlus 6t sendiri.
Beberapa spesifikasi OnePlus 6T telah pun diketahui umum antaranya, cip pemprosesan Snapdragon 845, 8GB atau 6GB ram, bateri sebesar 3,700mAh, pengimbas cap jari Optikal terbina pada skrin dan tiada bicu audio. Oneplus 6T juga akan menggunakan rekaan yang sama seperti Oppo R17 yang dilengkapi skrin dengan notch kecil diatas atau lebih dikenali sebagai waterdrop notch.
Kenyataan panjang mengenai pelancaran lebih awal ini boleh dibaca di forum rasmi Oneplus atau melalui pautan dibawah.
The post OnePlus 6T Dilancar Sehari Awal – Elak Pertembungan Apple appeared first on soleheen.