Ini dia senarai smartphone dengan kamera 48MP Di Malaysia yang kini menjadi trend. Anda boleh melihat pengeluar smartphone berlumba-lumba memperkenalkan peranti mereka dengan kamera beresolusi tinggi dan beberapa model telah pun mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Jadi, yang manakah terbaik untuk anda pilih? Ikuti senarai dibawah.
Seperkara yang anda harus tahu ialah, saiz megapiksel yang besar tidak menjamin kualiti gambar yang amat baik. Ambil contoh Google Pixel 3 yang menggunakan satu lensa kamera 12 megapiksel , buat masa ini tiada peranti yang dapat mengatasi kualiti gambar yang dihasilkan oleh Pixel 3 hatta smartphone dengan kamera 48 megapiksel pun.
Kedua ialah, walaupun menggunakan kamera 48 megapiksel, anda harus lihat jenis sensor yang digunakan oleh kamera peranti tersebut. Antara yang menjadi perdebatan hangat ialah kamera 48 megapiksel pada Redmi Note 7 vs Redmi Note 7 Pro ataupun Honor View 20. Ketiga-tiga smartphone ini menggunakan kamera 48 megapiksel namun berbeza jenis sensor.
Redmi Note 7 menggunakan sensor milik Samsung iaitu ISOCELL GM-1 yang sebenarnya hanya menyokong maksimum saiz megapiksel sebesar 12 megapiksel akan tetapi berupaya menghasilkan gambar dengan kualiti 48 megapiksel. Bermaksud, 48 megapiksel yang ada pada Redmi Note 7 bukanlah 48 megapiksel sebenar.
Ini berbeza dengan Redmi Note 7 Pro atau Honor View 20 yang menggunakan kamera 48 megapiksel milik Sony iaitu Sony IMX586 yang menghasilkan gambar dengan kualiti 48 Megapiksel sebenar, tanpa sebarang tricks. Ini secara atas kertas bermaksud, Sony IMX586 lebih baik berbanding Samsung ISOCELL GM-1. (sumber)
Jadi, ini adalah senarai smartphone dengan kamera 48 Megapiksel yang telah pun diperkenalkan di pasaran untuk pengguna.
1- Redmi Note 7
Smartphone ini merupakan penerus legasi kejayaan siri Redmi Note yang kini hadir dengan kamera 48 megapiksel menggunakan Samsung ISOCELL Bright GM-1. Spesifikasi lain ialah cip pemprosesan Snapdragon 660, pilihan ram 3/4/6 GB, memori terbina 32GB/64GB dengan sokongan sdcard, sistem operasi MIUI10 berasaskan Android 9.0 Pie, skrin HD penuh 1080p bersaiz 6.3 inci dan bateri sebesar 4000 mAh. Oh ya, Redmi Note 7 dilengkapi dengan bicu audio ( Audio Jack), Kudos Xiaomi!
Ia akan mula dijual di pasaran Malaysia pada 19 Mac 2019 dengan harga dijangka dibawah RM1000.
2- Redmi Note 7 Pro
Versi PRO kepada Redmi Note 7 diatas yang dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih baik antaranya kamera 48 Megapiksel yang menggunakan sensor Sony IMX586, kamera hadapan 13 megapiksel, cip pemprosesan kelas pertengahan premium Snapdragon 675, ram dan memori terbina yang lebih besar iaitu 6GB ram/128GB memori dan 4GB ram/64GB memori dengan sokongan sdcard 256GB, sistem operasi MIUI10 berasaskan Android 9.0 Pie, skrin 6.3 inci HD penuh 1080p dan bateri sebesar 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W QuickCharge 4.
Redmi Note 7 Pro masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan buat masa ini, tiada maklumat mengenai penawaran rasmi peranti tersebut di negara ini.
3- Xiaomi Mi 9
Xiaomi Mi 9 merupakan peranti flasghip yang dilengkapi spesifikasi terkini dan tercanggih untuk tahun 2019. Smartphone ini dikuaskan oleh cip pemprosesan Snapdragon 855, ram dan memori terbina sebesar 6GB/64GB dan 8GB/128GB tanpa sokongan sdcard, sistem operasi MIUI10 berasaskan Android 9.0 Pie, kamera utama 3 lensa 48MP/16MP/12MP dan kamera selfie 20 megapiksel, skrin 6.4 inci 1080p HD penuh dan bateri sebesar 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W dan pengecasan tanpa wayar 20W.

Smartphone flasghip Xiaomi ini masih belum dilancarkan di Malaysia dan tiada maklumat rasmi dikongsikan mengenai harga nya kelak.
4- Honor View 20
Peranti ini merupakan penerus legasi kejayaan siri Honor View dilengkapi dengan cip pemprosesan Kirin tercanggih iaitu Kirin 980 yang turut digunakan oleh siri Huawei Mate 20. Ia menggunakan kamera 48 megapiksel Sony IMX586, kamera selfie 25 megapiksel, sistem operasi Magic UI 2 berasaskan Android 9.0 Pie, skrin HD Penuh bersaiz 6.4 inci, ram dan memori terbina sebesar 256 GB, 8 GB RAM atau 128 GB, 6/8 GB RAM dan bateri sebesar 4,000mAh.
Smartphone yang hadir dengan bicu audio ini telah pun ditawarkan di Malaysia.
5- Vivo V15 Pro
Vivo V15 Pro baru sahaja memasuki pasaran Malaysia dengan tagline “kamera terangkat”. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 675, skrin HD Penuh bersaiz 6.4 inci , kamera utama 3 lensa 48MP + 8MP + 5MP, kamera selfie terangkat 32MP, ram dan memori terbina sebesar 6GB/128GB, sistem operasi Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie dan bateri sebesar 3,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
6- Huawei Nova 4
Siri Huawei Nova kali ini menggunakan kamera 3 lensa 48MP + 16MP + 2MP dan spesifikasi premium antaranya cip pemprosesan Hisilicon kirin 970, sistem operasi EMUI9 berasaskan Android 9.0 Pie, skrin HD Penuh bersaiz 6.4 inci, kamera selfie 25 megapiksel, ram dan memori terbina sebesar 128 GB/8 GB RAM dan bateri bersaiz 3750mAh.
Huawei Nova 4 kini di Malaysia dan ditawarkan pada harga RM1899.
7- Oppo F11 Pro
Siri terbaru OPPO F kini menggunakan kamera utama dwi-lensa 48MP + 5MP, kamera selfie terangkat 16MP, cip pemprosesan Mediatek P70, ram dan memori terbina sebesar 128 GB/6 GB RAM atau 64 GB/4 GB RAM, skrin bersaiz 6.53 inci HD Penuh, sistem operasi ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie dan bateri bersaiz 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC.
Oh ya, peranti yang masih mengkekalkan bicu audio ini akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Jadi, anda pilih yang mana ? Tepuk dompet tanya akaun bank.
The post Senarai Smartphone Dengan Kamera 48MP Di Malaysia appeared first on soleheen.