Redmi 7 akhirnya dilancarkan dan mungkin akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Peranti tersebut merupakan smartphone kelas permulaan namun dilengkapi dengan spesifikasi yang mampu menggugat kedudukan peranti kelas pertengahan. Berikut adalah kelebihan Redmi 7 yang dilancarkan secara rasmi hari ini.
Berbeza dengan siri Redmi sebelum ini, Redmi 7 dihasilkan dengan penuh teliti dalam beberapa aspek seperti kualiti skrin dan binaan yang tidak dijumpai dalam model terdahulu.
1- Cip processor yang lebih baik
Redmi 6 sebelum ini menggunakan processor MediaTek Helio P22 dan untuk versi baru ini, cip processor Qualcomm Snapdragon 632 digunakan, sekaligus menjadikan ia lebih berkuasa dan pantas.
2- Skrin yang ditambahbaik.
Redmi 7 kini menggunakan skrin bersaiz 6.36 HD+ Gorilla Glass 5 dengan rekaan notch minimal yang dipanggil water drop notch dibahagian atas. Ia juga dilengkapi dengan lapisan perlindungan P2i liquid-repellant nano-coating yang kalis percikan air, termasuk perlindungan mata daripada bahaya Blue Light jika digunakan terlalu lama.
3- Konfigurasi Ram dan Memori Terbina
Model terbaru siri Redmi ini kini ditawarkan dalam tiga variasi berbeza iaitu 2GB ram/16GB memori, 3GB ram/32GB memori dan 4GB ram/64GB memori.
4- Prestasi Bateri Lebih Baik
Redmi 7 hadir dengan bateri sebesar 4,000mAh yang menurut Xiaomi mampu bertahan selama 400 jam di dalam Standby mode. Ia juga menyokong pengecasan 10W termasuk ciri-ciri kecerdasan buatan (A.I) yang akan menguruskan prestasi bateri Redmi 7 dengan lebih efisien.
5- Kamera lebih Padu
Percaya atau tidak, Redmi 7 menggunakan sensor kamera yang sama model flagship terdahulu iaitu Xiaomi Mi6. Peranti ini dilengkapi dengan kamera dwi-lensa 12MP+2MP termasuk sokongan kecerdasan buatan (A.I) yang akan membantu memberikan hasil gambar lebih baik. Kamera selfie pula menggunakan sensor 8 megapiksel, AI Beauty dan fungsi Face Unlock.
6- Fungsi dan Ciri Berguna Dikekalkan
Seperkara yang menarik mengenai Redmi 7 ialah ia masih mengekalkan audio jack atau bicu audio dan juga fungsi IR Blaster yang membolehkan ia digunakan sebagai alat kawalan peranti elektronik. Sesuatu yang jarang dijumpai pada tahun 2019 ini.
Smartphone yang diperbuat daripada bahan Polycarbonate ini akan mula dijual di China pada 26 Mac akan datang pada harga serendah RM430 bagi versi 2GB/16GB, RM490 bagi versi 3GB/32GB dan RM600++ bagi versi 4GB ram dan 64GB memori.
Baca : Huawei Nova 4e vs Redmi Note 7 – Kelebihan Dan Kekurangan
Buat masa ini tiada maklumat rasmi dikongsikan oleh pihak Mi Malaysia mengenai penawarannya kepada pengguna Malaysia. Redmi 7 walaubagaimanapun telah melepasi pemeriksaan SIRIM menandakan pelancarannya di negara ini mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
The post Redmi 7 Diperkenalkan – Ini Kelebihan Redmi Anda Patut Tahu! appeared first on soleheen.