Quantcast
Channel: Health
Viewing all articles
Browse latest Browse all 803

Telefon Pintar Gaming Terbaik – Kelebihan Dan Kekurangan

$
0
0

Telefon pintar gaming terbaik atau smartphone gaming terbaik di pasaran Malaysia, termasuk kelebihan dan kekurangan mereka, itu yang kami akan senaraikan dalam artikel kali ini. 2020 menyaksikan pelbagai genre telefon pintar dihasilkan termasuk peranti yang dikhususkan untuk tujuan bermain games.

Jadi, telefon pintar gaming mana yang telah pun berada di dalam pasaran Malaysia dan berapa pula harga yang ditawarkan?

Secara ringkasnya, peranti dalam kelas tersebut merupakan sebuah telefon pintar yang direka khas dilengkapi spesifikasi tercanggih dan beberapa ciri tambahan lain yang tidak terdapat pada telefon pintar normal.

Ini termasuk ciri penyejukkan tidak masuk akal, fungsi khas untuk mengawal permainan terbina, rekaan futuristik, lampu RGB pada bahagian badan peranti, aksesori tambahan seperti controller, kipas penyejuk dan skrin dengan refresh rate yang tinggi setinggi 144hz.

Mari kita lihat, telefon pintar gaming mana yang ada dalam pasaran Malaysia sekarang.

1- Siri ASUS ROG PHONE

ROG Phone oleh ASUS ni memang dah tak asing dah.Kehadiran telefon pintar ini ke pasaran Malaysia boleh dikatakan menjadi fenomena. Dilengkapi dengan pelbagai ciri dan fungsi khas khusus untuk gaming, ianya bukan sekadar gimik dan terbukti cukup berkuasa untuk mobile gamers.

Siri terbaru ialah ROG Phone 2 yang dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 855+, ram sehinggga 12GB, storan dalaman mencecah 1 Terabyte dan pelbagai aksesori termasuk alat kawalan serta kipas penyejuk.

2- Siri RAZER PHONE

Razer phone merupakan peranti milik syarikat gaming terkenal iaitu RAZER. Seperti ASUS ROG Phone, telefon pintar ini juga cukup berkuasa tinggi.

Razer turut memperkenalkan alat kawalan permainan khas untuk peranti ini yang boleh dibeli secara berasingan.

Rekaan yang digunakan oleh Razer untuk telefon pintar mereka agak lain sedikit dimana ianya lebih berbentuk “kotak” dan “petak”.

3- BlackShark Phone (Xiaomi)

Blackshark merupakan jenama dibawah sokongan Xiaomi kini telah memperkenalkan 3 siri telefon pintar gaming.

Diperkenalkan dengan spesifikasi tinggi, apa yang menariknya ialah telefon pintar mereka ditawarkan pada harga mampu milik, sekaligus memberi pilihan kepada mereka yang tidak ingin berbelanja terlalu tinggi untuk sebuah telefon pintar gaming.

4- Siri telefon pintar NUBIA

Nubia merupakan jenama dibawah sokongan ZTE yang turut hadir dengan beberapa model telefon pintar gaming. Bagi kami, siri Nubia ialah kedua terbaik selepas siri ROG Phone.

Bukan calang-calang telefon pintar yang diperkenalkan, terdapat beberapa model yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Dari segi spesifikasi dan ciri khas yang diperkenalkan pada telefon pintar mereka, kami merasakan NUBIA berjaya menghasilkan siri gaming yang tidak harus dipandang ringan.

Nubia Red Magic 5G cukup berkuasa

Lihat sahaja pada Nubia Magic 5G, hadir dengan paparan skrin 144hz termasuk aksesori tidak masuk akal, ianya merupakan telefon pintar gaming terbaik yang telah pun berada di dalam pasaran Malaysia.

Itu 4 jenama telefon pintar yang menghasilkan telefon pintar khusus untuk permainan mudah alih. Jadi apa kelebihan dan kekurangan jika anda menggunakan telefon pintar gaming untuk kegunaan harian?

KELEBIHAN TELEFON PINTAR GAMING?

Cukup banyak. Kesemua model tersebut merupakan telefon pintar yang cukup berkuasa hampir dalam setiap aspek.

Susah untuk anda menjumpai isu dan masalah yang serius berkaitan prestasi smartphone tersebut.

Jika anda seorang mobile gamers tegar, segala aksesori dan ciri khas yang hadir dengan telefon pintar gaming akan dapat membantu dalam permainan anda.

Beberapa model hadir dengan fungsi kawalan terbina pada bahagian tepi badan peranti tersebut. Pemain sekaligus tidak lagi memerlukan aksesori tambahan.

BACA: Cara Hantar WhatsApp Tanpa Simpan Nombor Telefon

KEKURANGAN TELEFON PINTAR GAMING

Tidak banyak sebenarnya. Realitinya, kesemua telefon pintar tersebut boleh dianggap sempurna dan cukup hebat. Anda tidak akan menghadapi sebarang masalah atau isu serius dari segi prestasi.

Jika ada pun kekurangan, mungkin dari segi saiz, rekaan dan berat telefon pintar tersebut. Beberapa peranti mempunyai kemampuan kamera biasa-biasa sahaja tidak seperti telefon pintar lain yang memfokuskan kepada keupayaan kamera.

BACA: Smartphone Terbaik 2020 Untuk Urusan Bisnes

Telefon pintar seperti ASUS ROG Phone agak berat jika hendak dibandingkan dengan flagship lain. Ini mungkin menimbulkan ketidakselesaan ketika dipegang untuk satu tempoh lama.

Ada yang kami terlepas pandang dalam senarai diatas? Kongsikan ruangan komen dibawah.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.

BACA:Panduan Beli Smartphone Online – Selamat Ke?
BACA: OnePlus 8 Pro vs OnePlus 8 – Kelebihan Kekurangan Peranti OnePlus

The post Telefon Pintar Gaming Terbaik – Kelebihan Dan Kekurangan appeared first on soleheen.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 803

Trending Articles


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)