Cara terbaik jimatkan bateri laptop anda. Artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menjimatkan penggunaan bateri laptop anda yang disyorkan oleh pihak Microsoft sendiri.
Panduan ini sememangnya berguna terutama pada musim PKP ini dimana semua orang perlu berkerja dari rumah termasuk guru sekolah apatah lagi pekerja pejabat. Jadi apa cara dia?
Secara asasnya, terdapat 5 cara penjimatan bateri yang disyorkan oleh Microsoft.
1- Aktfikan Fungsi Battery Saver.
Boleh dikatakan setiap laptop mempunyai fungsi ini. Ini merupakan jalan terbaik dan paling pantas boleh anda lakukan untuk menjimatkan bateri laptop masing-masing.
Cara aktifkan fungsi ini amat mudah, anda hanya perlu tekan pada logo battery yang terdapat di sebelah kanan berhampiran paparan jam, kemudian paparan tetapan (setting) akan keluar dan tandakan pada bahagian Battery Saver.
Anda juga boleh tekan pada bahagian Start Menu kemudian taip sahaja “Battery Saver”, kemudian pilih “Battery Saver Setting” dan ikut arahan pada skrin tetapan.
2- Ubah Tetapan Paparan (Display Setting)
Cara ini juga dapat membantu anda menjimatkan penggunaan bateri laptop. Ubah Display Setting pada laptop anda untuk mendapatkan penjimatan yang maksimum.
Caranya ialah :
– Kurangkan waktu aktif skrin laptop anda ketika tidak digunakan. Anda boleh tetapkan skrin untuk padam sementara/digelapkan setiap kali laptop ditinggalkan untuk sementara waktu.
– Pergi ke bahagian Setting > System > Power & Sleep. Kemudian pendekkan waktu samada 1,2,3 minit. Ini hanya akan menggelapkan skrin laptop anda tatkala ditinggalkan sementara waktu, bukan menutup ( shut down) laptop anda. Jadi jangan risau.
– Selain itu, anda juga boleh mengurangkan kadar kecerahan skrin untuk menjimatkan bateri laptop masing-masing.
– Pergi ke bahagian Setting > System > Display dan kurangkan kadar kecerahan mengikut keselesaan anda. Offkan juga fungsi Kecerahan Automatik (Automatic Brightness), ia turut membantu menjimatkan bateri.
– Gunakan Wallpaper gelap atau berwarna hitam. Ini sebenarnya turut membantu menjimatkan bateri laptop anda.
– Gunakan Tema gelap pada Windows anda. Windows 10 terbaru hadir dengan fungsi tema berwarna gelap. Aktifkan dengan cara tekan butang Start (logo Windows pada keyboard anda) pilih Setting > Personalization > Themes > Theme Setting kemudian pilih tema gelap yang tersedia.
3- Aktifkan Fungsi Sleep Mode pada Laptop
Aktfikan fungsi Sleep Mode apabila laptop anda tidak digunakan untuk satu jangka masa. Ini akan menjimatkan bateri laptop tersebut.
4- Gunakan Mod Kuasa yang rendah.
Sesetengah laptop yang menggunakan Windows 10 akan hadir dengan beberapa pilihan mod kuasa (Power Mode). Tekan pada logo bateri laptop anda dan pilih mod penjimatan bateri.
5- Aktifkan Fungsi Airplane Mode pada Windows.
Ini hanya sesuai jika anda tidak menggunakan sebarang fungsi Wifi, Bluetooth atau apa-apa-apa sambungan tanpa wayar. Sebagai contoh, anda ingin fokus pada menaip sahaja atau menonton movie yang dimuat turun.
Aktifkan Airplane Mode dan ia akan dapat membantu menjimatkan bateri laptop anda.
BONUS
6- Tutup perisian atau aplikasi yang tidak digunakan.
Pastikan anda menutup perisian yang tidak digunakan. Elakkan dari membuka perisian sebanyak mungkin pada satu-satu masa. Buka dan gunakan apa yang perlu sahaja.
Sebagai contoh, gunakan hanya satu browser jika boleh berbanding kesemua jenis pelayar internet anda buka seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Opera pada satu masa serentak.
BACA : Kelebihan iPhone SE 2020 Buat Peminat Android Bertukar iOS
BACA : Smartphone Terbaik 2020 Untuk Urusan Bisnes
BACA :Cara Hantar WhatsApp Tanpa Simpan Nombor Telefon
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
The post Cara Terbaik Jimatkan Bateri Laptop Anda appeared first on soleheen.