HTC One Mini atau lebih dikenali dengan codename HTC M4 merupakan HTC One versi mampu milik dan dijangka dijual pada harga jauh lebih murah.Pihak HTC sehingga kini masih belum mengumumkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai smartphone tersebut dan tidak banyak maklumat yang diketahui mengenainya.
Beberapa informasi mengenai spesifikasi ringkas HTC One Mini telah pun tersebar dimana ianya dijangka akan menggunakan 4.3″ skrin dengan resolusi 720p , 1.4GHz dual-core CPU Snapdragon 400 , 2GB Ram , 16GB internal memori tanpa sokongan sdcard , Sense 5 UI, camera UltraPixel pada bahagian belakang , aluminum body dan android 4.2.2 Jelly Bean.
Beberapa keping gambar menunjukkan bahawa ianya tidak terlalu jauh berbeza berbanding HTC One.
Smartphone tersebut dijangka akan dilancarkan pada bulan Ogos ini dengan jangkaan harga sekitar €400 (RM1650) . HTC One Mini diihat akan memberi saingan sengit kepada Samsung Galaxy S4 Mini yang kini telah pun berada di dalam pasaran.Sebelum ini , HTC turut dijangka akan melancarkan HTC One di dalam warna merah serta biru terang dalam masa terdekat.
sumber | Endgadget | Gsmarena | TechCrunch
Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?
Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.
KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE
The post HTC One Mini (HTC M4) – Gambar dan Spesifikasi appeared first on SOLEHEENDOTCOM.