Cara Upgrade Xperia Z Ke Android 4.1 Jelly Bean – Firmware 10.1.1.A.1.307 merupakan firmware terbaru untuk Xperia Z selepas firmware .253 dikeluarkan secara rasmi.Dalam kemaskini terbaru ini , ianya dikatakan sebagai firmware jelly bean terakhir untuk Xperia Z sebelum android 4.2 dikeluarkan untuk smartphone tersebut.
Kami difahamkan bahawa beberapa pengguna masih lagi belum menerima firmware ini dan dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara manual untuk anda upgrade Xperia Z masing-masing ke firmware 10.1.1.A.1.307.Cara ini juga boleh digunakan untuk format / unroot atau repair phone anda jika ia mengalami sebarang masalah.
Bagi anda yang berminat boleh ikuti langkah-langkah install dibawah.Sila pastikan segala langkah dilakukan dengan betul.
LANGKAH PERSEDIAAN :
1- Install PC Companion pada komputer anda.
2- Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.Pastikan anda guna flashtool ini sahaja!
3- Install flashtool driver (rujuk bawah)
4- Install driver Xperia Z pada komputer. (rujuk bawah)
5- Download firmware 10.1.1.A.1.307 , extract dan masukkan dalam folder C : Flashtool > Firmwares
Part 1
Part 2
5- Selesai install driver , rujuk bawah untuk cara flash firmware .307
CARA INSTALL FLASHTOOL DRIVER UNTUK XPERIA Z
1- Buka folder flashtool yang dah diinstall tadi.(C : Flashtool)
2- Buka folder driver.
3- Install flashtool driver. (pilih Xperia Z dan flashmode.Rujuk gambar bawah)
CARA INSTALL DRIVER XPERIA Z PADA KOMPUTER
1- Offkan xperia anda.
2- Tekan volume down > jangan lepaskan > cucuk kabel usb dan sambungkan pada komputer.
3- Biarkan 3-4 minit bagi membolehkan driver diinstall.
CARA UPGRADE XPERIA Z FIRMWARE 10.1.1.A.1.307
1- Buka flashtool yang anda install tadi.
2- Klik pada simbol petir dan pilih > flashmode
3- Pilih firmware Xperia Z yang telah dimasukkan dalam folder firmware tadi.
4- Lihat pada bahagian wipe dan tick semua option (data,cache,appslog)
5- Klik flash dan sambungkan Xperia anda pada komputer dengan cara tekan back button(volume down) kemudian cucuk kabel pada phone.
6- Tunggu proses flash selesai.
7- Reboot phone anda dan tunggu 3-4 minit bagi membolehkan phone bersedia.
8- Enjoy.
Mudah bukan? Cara ini merupakan cara manual untuk anda kemaskini phone masing-masing.Ini tidak merosakkan warranty phone selain boleh digunakan untuk repair/unroot phone.
Bagi yang telah selesai proses kemaskini , anda boleh teruskan dengan langkah root Xperia Z tadi menggunakan tutorial yang telah kami sediakan dalam artikel Cara Root Xperia Z Jelly Bean Firmware 10.1.1.A.1.307 .
Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?
Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.
KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE
The post Cara Upgrade Xperia Z Ke Android 4.1 Jelly Bean – Firmware 10.1.1.A.1.307 appeared first on SOLEHEENDOTCOM.