Sony Xperia Z2 boleh dikatakan antara smartphone yang ditunggu-tunggu oleh peminat gajet di seluruh dunia selepas beberapa info,maklumat serta gambar smartphone tersebut tersebar tidak lama dahulu.Kini, smartphone berkuasa tinggi tersebut telah pun dilancarkan secara rasmi oleh SONY di acara Mobile World Congress (MWC2014).
Dilengkapi android 4.4 Kit Kat, smartphone ini dikuasakan dengan processor Snapdragon 801 berkelajuan 2.3Ghz, ram 3GB, 16GB internal memori dengan sokongan sdcard sehingga 64GB, kamera belakang 20.7MP , bateri bersaiz 3200mAh, kalis air dengan IP58 rating dan mempunyai berat sekitar 158g.
Menyentuh mengenai soal skrin yang terdapat pada smartphone ini, ia mempunyai 5.2 inci skrin dilengkapi teknologi Triluminos IPS dan teknologi Bravia yang boleh dijumpai pada smart tv milik SONY.Xperia Z2 turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi canggih lain antaranya rakaman 4K.
Android 4.4 Kit Kat yang didatangkan bersama mempunyai fungsi yang membuatkannya lebih pintar berbanding telefon pintar lain.Kami telah pun mengulas ciri-ciri yang ada padanya dalam artikel Sony Xperia Z2 Dengan Android 4.4 Kit Kat – “Sirius” Lebih Pintar Dengan Fungsi Baru.
HARGA
Sony telah pun memgumumkan harga Sony Xperia Z2 mereka di laman web rasmi namun buat masa ini hanya pasaran eropah sahaja yang telah diumumkan.Apa yang boleh dijangka ialah harga nya tidak akan terlalu jauh berbeza apabila dilancarkan di Malaysia kelak.
Antara negara yang telah diumumkan harga Xperia Z2 ini ialah Jerman ( €599 = RM2706.32) , France, Italy dan Spain (€699 = RM3152.16), Netherlands (€649 = RM2926.68).Jika diihat dari harga pra-tempahan yang ditunjukkan , ianya agak tinggi dan berkemungkinan harga ini akan sedikit lebih murah apabila dijual secara rasmi kelak.
The post Sony Xperia Z2 Dilancarkan Secara Rasmi – Lebih Berkuasa, Lebih Pintar appeared first on SOLEHEEN.