Menjelang pelancarannya tidak lama lagi, gambar yang dikatakan sebagai Samsung Galaxy S5 tersebar di internet menunjukkan rupa bentuk smartphone tersebut dengan lebih jelas.
Beberapa keping gambar Samsung Galaxy S5 dibandingkan bersama beberapa model smartphone lain antaranya Samsung Galaxy S4, Galaxy Note 3 dan Nokia Lumia.Gambar yang dikongsikan oleh SaudiAndroid tersebut menunjukkan Galaxy S5 mempunyai saiz yang lebih besar berbanding Galaxy S4 dan sedikit lebih kecil berbanding Galaxy Note 3.
Jika dilihat dari gambar yang dikongsikan , Galaxy S5 masih mengekalkan kemasan plastik di bahagian belakang akan tetapi menggunakan plastik yang lebih berkualiti.Antara spesifikasi yang dikatakan akan digunakan oleh Galaxy S5 ini ialah quad-core/ 8-core Exynos 2.5GHz processor (berbeza mengikut model), Android 4.4.2 Kit Kat, kamera 20MP, 2.2MP bahagian hadapan, 3GB ram dan bateri bersaiz 3000mAh.
The post Gambar Samsung Galaxy S5 Tersebar – Dibandingkan Dengan Galaxy S4, Note 3 appeared first on SOLEHEEN.