Android 4,4 Kit Kat untuk Xperia E1 dan E1 Dual kini dikeluarkan secara rasmi kepada para pengguna mulai hari ini. Sony Mobile melalui blog rasmi mereka mengumumkan perkara tersebut disamping menyenaraikan perubahan besar yang terdapat dalam kemaskini kali ini.
Android 4.4 Kit Kat untuk Xperia E1 membawa perubahan seperti :
- Android 4.4 dengan antaramuka baru
- Sokongan pindah aplikasi ke memori kad.
- Status bar dan fungsi Quick Setting baru
- Aplikasi seperti Walkman, Album dikemaskini dan ditambah baik
- Fungsi Stamina Mode yang lebih baik
- Sokongan tema Xperia diperluaskan
Setakat ini kemaskini dikeluarkan secara berperingkat dan anda boleh menyemak kemaskini untuk telefon pintar anda melalui PC Companion.
Kami akan keluarkan tutorial kemaskini Xperia E1 secara manual menggunakan flashtool secepat mungkin sebaik sahaja file ftf firmware dikongsikan sebagai panduan kepada anda.
The post Android 4.4 Kit Kat Untuk Xperia E1 Dan E1 Dual Kini Rasmi appeared first on SOLEHEEN.