Nexus 8, merupakan antara tablet Nexus yang disebut-sebut bakal dikeluarkan oleh Google tidak lama lagi. Sebelum ini, sekeping gambar yang dikatakan sebagai Nexus 9 tersebar dan dikenali sebagai HTC Volantis. Maklumat mengenai spesifikasi HTC Volantis turut dikongsikan.
Dalam perkembangan terbaru, maklumat spesifikasi sebuah tablet Nexus yang dikatakan sebagai Nexus 8 dikongsikan oleh UpLeaks memaparkan spesifikasi yang berlainan berbanding HTC Volantis.
Nexus 8 akan dikeluarkan oleh HTC dilengkapi :
- Cip pemprosesan berkuasa tinggi NVIDIA Tegra K1
- Ram 4GB
- Skrin 8 inci 2560 x 1600-pixel
- Kamera 8 Megapiksel + 1.6 megapiksel bahagian hadapan
- Sokongan LTE
- Binaan aluminum
HTC T1(a.k.a Flounder/Volantis) 64Bit Tegra processor, MDM9x25 modem(for cellular model), 4GB RAM(Elpida 2GB*2), NFC, GPS, Android L
— UpLeaks (@upleaks) August 8, 2014
Buat masa ini, masih terlalu awal untuk mengatakan maklumat ini benar dan spesifikasi yang akan diperkenalkan kelak berkemungkinan akan berbeza.
The post HTC Nexus 8 Bakal Dilengkapi NVIDIA Tegra K1, Ram 4GB Dan Android L appeared first on SOLEHEEN.