iPhone 6 tidak dinafikan antara telefon pintar yang paling disebut-sebut dan digilai ramai dan saban tahun pengguna pasti akan disajikan dengan berita beberapa jenama telefon pintar di China meniru rekabentuk iPhone dalam menghasilkan telefon pintar mereka sendiri.
Jika dahulu Samsung disaman dengan Apple dalam kes meniru rekabentuk iPhone, kes tersebut dilihat tidak menakutkan Lenovo untuk turut meniru gaya rekabentuk iPhone terbaru iaitu iPhone 6 yang baru sahaja diperkenalkan tidak lama dahulu.
Beberapa keping gambar yang dikatakan sebagai lenovo Sisley tersebar menunjukkan sebuah telefon pintar dengan rekabentuk 99% menyamai iPhone 6. Lenovo Sisley, sebuah telefon pintar dengan ketebalan sekitar 6.7mm, skrin 720p, kamera utama 13 megapiksel dan kamera hadapan 8 megapiksel.
Tidak banyak spesifikasi yang dikongsikan dimana jenis prosessor, saiz ram dan bateri tidak disebut buat masa ini. Tarikh pelancaran dan harga jualan turut tidak dikongsikan.
SUMBER | VIA
The post Lenovo Sisley – “iPhone Dengan Fungsi Android ?” appeared first on SOLEHEEN.