Harga Nexus 9 di Malaysia telah pun kami kongsikan dalam artikel semalam dan bagi anda yang tertanya-tanya mengenai harga Nexus 6 di Malaysia, berita baik buat anda dimana pihak Techbug telah pun membuka tawaran pra tempahan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Nexus 6.
Bagi yang masih belum dapat gambaran jelas mengenai spesifikasi Motorola Nexus 6, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.9 inci dengan resolusi 2K, 2.7GHz Snapdragon 805, 3GB ram, 13 megapiksel camera, 32/64GB memori terbina dan bateri bersaiz 3220mAh. Segala info boleh dirujuk pada kategori telefon pintar Google Nexus.
Techbug.My menawarkan Nexus 6 versi 32GB pada harga RM2650 dan RM2850 bagi versi 64GB dalam 2 pilihan warna iaitu Midnight Blue dan Cloud White. Dalam satu perkembangan lain, HTC Nexus 9 ditawarkan pada harga RM1699 bagi versi 16GB wifi sahaja.
Jadi apa pendapat anda mengenai harga yang ditawarkan ?
The post Harga Nexus 6 Di Malaysia appeared first on SOLEHEEN.