Samsung Galaxy Note Edge di Malaysia mungkin tidak akan menjadi realiti untuk melihat phablet tersebut dibawa masuk secara rasmi,namun berita baik yang sedang menunggu ketibaan phablet pertama dengan skrin melengkung tersebut, kini ia boleh didapati di Malaysia.
Terdapat beberapa penjual tempatan yang mula membawa masuk phablet melengkung tersebut dan menawarkan nya kepada pengguna pada harga premium. Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note Edge pada harga RM3399 untuk versi 32GB. Set yang ditawarkan adalah original AP set dan waranti adalah pihak kedai bukan Samsung Malaysia.
Antara spesifikasi Samsung Galaxy Note Edge, scara ringkasnya ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 805 berkelajuan 2.7GHz, 3GB ram, memori terbina sebesar 32/64 GB + sokongan sdcard 128GB , kamera 16 megapiksel + 4 megapiksel di hadapan dan Li-Ion 3000 mAh battery. Phablet melengkung ini turut dilengkapi dengan teknologi Quick Charge 2.0 yang mampu mengecas sehingga 60% dalam masa 30 minit.
Menyentuh mengenai soal harga, ianya lebih mahal berbanding iPhone 6 ( RM2399 ) , iPhone 6 Plus ( RM2749 ) dan juga Nexus 6 (RM 2750) . Pastikan anda membuat pilihan bijak ketika membeli.
sumber | via
The post Harga Samsung Galaxy Note Edge Di Malaysia – Mula Ditawarkan Penjual Tempatan appeared first on SOLEHEEN.