Harga Lenovo Vibe X2 Di Malaysia, bagi anda yang mengikuti perkembangan dunia teknologi pasti mengetahui mengenai Lenovo Vibe X2 ini, sebuah telefon pintar dengan rekaan menarik yang mana hadir dengan 3 lapisan warna pada bahagian badan selain dilengkapi dengan spesifikasi tinggi.
Diumumkan secara rasmi pada September yang lalu, Lenovo Vibe X2 kini boleh didapati di Malaysia melalui beberapa penjual tempatan yang telah menawarkan telefon pintar ini kepada pengguna di Malaysia mulai minggu lalu.
Antara spesifikasi Vibe X2
- Andoird 4.4 KitKat with VIBE UI
- Dual sim
- 7.27mm thin
- 5-inch 1080 x 1920-pixel (Full HD) IPS display
- MediaTek MT6595m True8Core processor
- 2GB RAM, 32GB internal storage
- 13-megapixel rear camera, 5-megapixel front cam
- LTE HSPA+
- 2300mAh battery
Hadir dengan apa yang dipanggil sebagai Tri Layered Design oleh Lenovo, ia merupakan telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTEK MT6595 4G LTE True8Core processor. Anda boleh mendapatkan Lenovo Vibe X2 ini pada harga sekitar RM999, jauh lebih murah berbanding jangkaan harga ketika diumumkan September lepas.
SUMBE | VIA
The post Harga Lenovo Vibe X2 Di Malaysia – Telefon Pintar Dengan 3 Lapis Warna, Kamera 13MP appeared first on SOLEHEEN.