Quantcast
Channel: Health
Viewing all articles
Browse latest Browse all 803

Menggunakan Flagship 2016 Dalam Tahun 2019 – Menyesal?

$
0
0

Jadi apa rasa bila menggunakan OnePlus 3, sebuah smartphone flasghip lama (2016 ) untuk tahun 2019 ini?  Adakah saya menyesal tak sudah? Baca keseluruhan artikel dan anda akan tahu. Bagi yang masih blur mengenai apa itu peranti flagship, ia merupakan model terbaik untuk sesebuah jenama yang dilengkapi dengan spesifikasi terbaik yang ada pada tahun tersebut. OnePlus 3 pula merupakan flagship untuk tahun  2016 yang membuatkan ramai pengguna terpukau dan terpikat dengan peranti itu.

Menyentuh mengenai spesifikasi yang terdapat pada OnePlus 3 ini, anda boleh rujuk jadual dibawah.

SPESIFIKASI ONEPLUS 3

Paparan Skrin 5.5″ Full HD 1080p AMOLED (401PPI)
Sistem operasi OxygenOS, Android 6.0.1
Processor Qualcomm Snapdragon 820, Adreno 530 GPU
Kamera Utama 16 Megapixel ISOCELL 3M2 CMOS, f/2.2
Kamera hadapan 8 Megapixel, f/2.4
Battery 3,000 mAh LiPo
RAM 6GB LPDDR3
Memori 64GB eMMC v5.0
SIM Dual Nano SIM slot
Saiz 140 x 69 x 6.9 mm
Berat 138 grams
Ports USB Type-C , 3.5mm headphone audio jack
Sambungan Bluetooth 4.0, 2.4Ghz b/g/n WCN3680 WiFi, GPS, GLONASS, BDS
Network GSM: 850, 900, 1800, 1900MHz
WCDMA: B1/B2/B4/B5/B8
FDD­LTE: B1/B2/B4/B5/B7/B8

 

Jika dilihat dari segi spesifikasi, ini merupakan sebuah smartphone yang tidak harus dipandang ringan. Snapdragon 820 dibantu dengan ram sebesar 6GB menjadikan ianya kebal untuk  tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun.

2018 dan 2019 pula menyaksikan puluhan smartphone kelas pertengahan bertaraf premium diperkenalkan sekaligus menjadikan flagship lama seperti OnePlus 3 ketinggalan ditelan zaman. Ini pengalaman saya menggunakan OnePlus 3 dalam tahun 2019 sebagai daily driver.

TL;DR : Tak menyesal akan tetapi bukan satu tindakan yang bijak ikut cara penggunaan. Mengapa?

REKAAN : SELESA SEPANJANG ZAMAN

OnePlus 3 merupakan sebuah flagship yang menggunakan kemasan aluminum dibahagian belakang yang sedikit melengkung. Ianya agak lebar dan amat licin. Peranti tersebut masih boleh dianggap sebagai peranti teringan dan ternipis yang masih berbaloi untuk dimiliki.

Xiaomi Mi Mix 3 – Antara phone terberat

Pengalaman menggunakan Xiaomi Mi Mix 3, Xiaomi Mi Note 3 membuatkan saya lebih menghargai OnePlus 3 yang sedikit lebih selesa untuk dipegang memandangkan ianya lebih ringan. Akan tetapi benda ini agak subjektif memandangkan ada pengguna yang lebih meminati peranti berat.

PRESTASI : ONEPLUS BUKTIKAN PERANTI MEREKA KEKAL PANTAS SEPANJANG ZAMAN.

Seperti yang saya katakan diatas, spesifikasi yang digunakan oleh OP3 mampu membuatkan ia berbaloi walaupun selepas 3 tahun. Peranti ini masih pantas, masih smooth, masih laju tiada isu pada prestasi walaupun sedikit. Tiada lag tiada sangkut-sangkut, entah apa magis yang OnePlus jampikan pada OnePlus 3 mereka, saya tak tahu. Face Unlock super laju, pengimbas cap jari, hmmm boleh diterima akal.

10/10 untuk prestasi yang padu walaupun dah ketinggalan zaman. Bagaimana dengan perkara lain ?

KAMERA : OUT MAT, OUT

Kamera bermasalah merupakan isu yang membelenggu OnePlus 3 sejak awal ia diperkenalkan. Isu yang hangat diperkatakan ialah fungsi autofokus kamera peranti tersebut yang gagal berfungsi dengan baik. Lebih malang lagi, ia berkaitan dengan masalah hardware kamera tersebut dan bukan masalah software yang boleh diatasi dengan sekadar format.

Unit yang saya gunakan mempunyai masalah pada kamera selepas usia mencapai sekitar 2 tahun. Bahagian belakang peranti terpaksa diketuk manja bagi membolehkan fungsi fokus berfungsi dengan baik dan kadangkala ianya langsung tidak berfungsi.

Jika ia berfungsi dengan baik, kamera OnePlus 3 boleh dikatakan amat baik lagi-lagi jika menggunakan aplikasi Google Camera atau GCam. Gabungan aplikasi tersebut dengan lensa 16 megapiksel utamanya mampu mengetepikan beberapa model premium pertengahan yang ada pada tahun 2018.

Itupun jika ia berfungsi lah.

BATERI : SO-SO

3,000mAh pada OnePlus 3 dilihat masih mampu bertahan walaupun tidak cemerlang. Penggunaan secara casual untuk melayan sosial media, call, WhatsApp dan lain-lain memberikan Screen on Time (SoT) sekitar 2-3 jam dengan purata bateri bertahan hampir sehari.

Tidak lah begitu membanggakan, so-so boleh diterima akal.

SOFTWARE : POWER

OnePlus boleh dikatakan sebagai peranti yang mempunyai jumlah pembangun yang agak ramai. Jika anda bosan menggunakan Oxygen OS  dan ingin mencuba custom rom untuk peranti ini, jangan risau, berbelas rom yang cukup stabil boleh didapati melalui xda developers, menawarkan prestasi yang lebih baik dalam sesetengah perkara.

Saya menggunakan custom rom LineageOS 16 berasaskan Android 9.0 Pie yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Lineage sendiri dan ianya cukup stabil tanpa sebarang isu.

GAMING : PASTIKAN BERSAMBUNG DENGAN POWERBANK

Snapdragon 820 dibantu dengan 6GB ram sudah cukup untuk handle beberapa permainan HD termasuk PUBG. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah prestasi bateri  OP3 yang tidak lagi mampu bertahan cukup lama untuk satu sesi gaming. Pastikan powerbank ada disebelah jika anda ingin menggunakan peranti ini untuk tujuan bermain games.

KESELURUHAN

Jika anda terjumpa deal yang baik menawarkan OnePlus 3 pada harga yang sukar ditolak dan anda inginkan peranti tersebut untuk tujuan casual sekadar penggunaan ringan. Ianya masih berbaloi.

Cuma pastikan segalanya masih berfungsi dengan baik terutama bab kamera.

The post Menggunakan Flagship 2016 Dalam Tahun 2019 – Menyesal? appeared first on soleheen.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 803

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.