OPPO F11 Pro diperkenalkan di Malaysia pada 19 Mac yang lalu dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan memfokuskan kepada prestasi gaming dan gaya hidup. Smartphone tersebut akan mula dijual di Malaysia pada harga permulaan RM1399 dimana pra-tempahan melalui laman web mereka dibuka sehingga 29 Mac akan datang.
Berikut merupakan spesifikasi OPPO F11 Pro.
SPESIFIKASI | ![]() |
SISTEM OPERASI | ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 (Pie) |
PROCESSOR | Mediatek Helio P70 (12nm) |
KAMERA UTAMA | 48MP + 5MP |
KAMERA SELFIE | Kamera Terangkat 16 MP |
SAIZ SKRIN | 6.53 inci HD Penuh 1080p |
RAM | 6GB |
MEMORI | 64GB |
BATERI | 4,000 mAh (VOOC Flash Charge 3.0 ) |
Jika dilihat dari segi spesifikasi , ianya tidak jauh berbeza dengan Xiaomi Redmi Note 7, ini termasuk penggunaan sensor kamera 48MP+5MP dan bateri sebesar 4,000mAh. Perbezaan ketara adalah dari segi cip pemprosesan yang digunakan iaitu Mediatek Helio P70, sebuah processor kelas pertengahan yang berada di tahap yang sama dengan Snapdragon 660.
Kelebihan utama OPPO F11 Pro terletak pada kamera terangkat selfie peranti tersebut yang menggunakan sensor 16 megapiksel dan menariknya, ia tersorok dibahagian belakang dan hanya akan keluar bila diaktifkan. Ini sekaligus memberikan paparan skrin penuh tanpa sebarang gangguan ataupun notch.
Secara peribadi OPPO F11 Pro mempunyai rekaan dan kemasan warna yang lebih menarik berbanding pesaing smartphone tersebut. Ianya mampu menarik perhatian golongan wanita terutamanya yang mementingkan nilai astetik sesebuah peranti.Lebih menarik lagi, OPPO dilihat cuba menarik perhatian golongan gamers dimana peranti terbaru mereka ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Hyper Boost yang akan mengoptimasikan prestasi 11 games terpilih antaranya PUBG Mobile.
OPPO F11 Pro juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas untuk mengecas bateri bersaiz 4,000mAh miliknya. VOOC Flash Charge 3.0 pada peranti ini mampu mengecas penuh 4,000mAh dalam masa 80 minit. Ini sekaligus menjadi kelebihan yang harus dipertimbangkan.
Smartphone kelas pertengahan ini ditawarkan pada harga RM1399 bagi versi 6GB ram dan 64GB memori terbina, sedikit lebih tinggi berbanding beberapa model jenama lain seperti peranti milik Xiaomi yang dilihat mampu memberi saingan kepada F11 Pro.
The post OPPO F11 Pro – Apa Kelebihan Smartphone Oppo Ini? appeared first on soleheen.