OnePlus 8 Pro vs OnePlus 8 – Kelebihan,kekurangan dan perbezaaan peranti OnePlus terbaru, itu yang kita akan lihat dalam artikel kali ini.
Bakal diperkenalkan sebagai sebuah peranti flagship, OnePlus dikatakan akan hadir dengan beberapa variasi dibawah siri OnePlus 8, termasuk versi Pro.
Jom kita lihat perbandingan dari segi spesifikasi kedua-dua variasi ini.
SPESIFIKASI | OnePlus 8 | OnePlus 8 Pro |
---|---|---|
SAIZ DAN BERAT |
|
|
PAPARAN SKRIN |
|
|
PROCESSOR | Qualcomm Snapdragon 865 | Qualcomm Snapdragon 865 |
RAM |
|
|
STORAN TERBINA |
|
|
BATERI |
|
|
KAMERA UTAMA | Photo:
Video:
|
Photo:
Video:
|
KAMERA SELFIE | 16MP Sony IMX471, f/2.0, fixed focus, EIS, 1080p@30fps | 16MP Sony IMX471, f/2.4, fixed focus, EIS, 1080p@30fps |
CIRI LAIN |
|
|
SISTEM OPERASI |
Android 10 with OxygenOS | Android 10 with OxygenOS |
WARNA |
|
|
Spesifikasi diatas yang dikongsikan oleh pihak XDA Dev menunjukkan beberapa perbezaan ketara antara kedua-dua variasi.
Jika ingin dilihat dari segi kelebihan, siri OnePlus 8 tidak harus dipandang ringan. Dilengkapi dengan spesifikasi flagship terkini ditambah dengan reputasi peranti OnePlus yang jarang mengalami masalah dan mempunyai prestasi yang amat cemerlang, ini sememangnya sebuah peranti idaman.
Tidak hairan jika peranti flagship akan tergugat dengan siri OnePlus 8. Siri terbaru ini walaubagaimanapun dikhabarkan bakal dijual pada harga jauh lebih mahal berbanding model terdahulu ketika dilancarkan.
BACA : Cara Hantar WhatsApp Tanpa Simpan Nombor Telefon
Beberapa laporan mengatakan, harga rasmi OnePlus 8 walaupun semakin meningkat, ianya masih lebih rendah berbanding dengan pesaing.
Bagaimana dengan kekurangan? Sudah tentu tiada buat masa ini, secara atas kertas, kedua-dua variasi boleh dianggap hampir sempurna. Tunggu selepas ia berada di dalam pasaran, mungkin kita akan melihat beberapa isu timbul.
BACA : Senarai Smartphone Storan Dalaman Bersaiz Besar – Terbaik Versi 2020
Melihat kepada rekod OnePlus sebelum ini, kelemahan utama peranti mereka ialah kemampuan kamera yang kurang memberangsangkan disaat pesaing lain mula menunjukkan taring terutama peranti Pixel, iPhone dan juga siri Huawei P40 Pro.
Kedua-dua peranti ini dikatakan akan mula berada di pasaran seminggu selepas pelancaran. Bagaimana dengan pasaran Malaysia? Kita tunggu dan lihat.
The post OnePlus 8 Pro vs OnePlus 8 – Kelebihan Kekurangan Peranti OnePlus appeared first on soleheen.