Google Pixel 4a – Kelebihan Kekurangan Google Pixel terbaru ini sedang hangat diperkatakan. Bakal dilancarkan tidak lama lagi, apa yang menarik mengenainya?
Spesifikasi lengkap Google Pixel 4a telah pun tersebar dan seperti biasa Pixel 4a dijangka akan mempunyai kelebihan dari segi kemampuan kamera yang mengkagumkan bagi sebuah peranti kelas pertengahan.
Pixel 3a dan 3a XL sebelum ini menjadi sebutan dan rebutan ramai pengguna dek kerana harga yang mampu milik dan prestasi yang hampir sebaris versi flasghip peranti tersebut.
Adakah Pixel 4a mampu mengulang kisah kejayaan yang sama?
Jika dilihat dari segi spesifikasi, ianya sebuah peranti pertengahan yang amat baik.
Google Pixel 4a menggabungkan cip pemprosesan Snapdragon 730, 6GB ram, kamera 12 megapiksel, skrin 5.81 inci dengan rekaan punch hole display dibahagian tengah, storan dalaman sebesar 64GB dan 128GB UFS2.1 dan bateri sebesar 3080mAh.
Kecuali.
Bahagian bateri mungkin akan membuatkan sesetengah pengguna berfikir 3 kali untuk mendapatkan peranti tersebut.
3080mAh dilihat agak kecil dan tidak mencukupi bagi sesetengah pengguna. Penggunaan ringan mungkin boleh bertahan sehari suntuk, namun tidak untuk penggunaan berat.
Pixel 4a juga dikatakan akan menggunakan skrin dengan refresh rate normal iaitu 60hz disaat beberapa peranti kelas pertengahan atas lain telah pun menggunakan standard 90hz.
Tapi itu mungkin satu kelebihan dimana penggunaan bateri dapat dijimatkan.
Kelebihan dia apa?
Pixel cukup terkenal dengan kemampuan kamera yang tidak dapat ditandingi kualitinya. Pixel 4a bakal mengulangi kejayaan yang sama.
Peranti ini turut mengekalkan ciri-ciri bucu audio atau audio jack jika dilihat dari spesifikasi yang tersebar.
Sistem operasi stock Android oleh Google juga merupakan kelebihan yang ada pada siri Pixel.
BACA: OnePlus 8 Pro vs OnePlus 8 – Kelebihan Kekurangan Peranti OnePlus
Google Pixel 4a bakal hadir dalam 3 pilihan warna iaitu hitam putih dan biru cair menggunakan kod nama warna Just Black, Clearly White dan Barely Blue.
BACA: Smartphone Apa Best? – Asus Zenfone 5z!
Setakat ini tiada versi XL diperkatakan. Smartphone tersebut yang sepatutnya dilancarkan pada acara Google I/O dikatakan akan mula dijual pada harga permulaan $400 iaitu sekitar RM1700+-.
The post Google Pixel 4a – Kelebihan Kekurangan Google Pixel Terbaru appeared first on soleheen.