Kelebihan dan kekurangan OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro, apa kata orang mengenai kedua-dua peranti berkuasa daripada OnePlus ini?
Secara atas kertas, ya kedua-duanya tampak cukup berkuasa tinggi. Baik dari segi cip pemprosesan yang digunakan, saiz ram mencecah 12GB, skrin amoled dengan refresh rate 120hz dan kamera yang ditambah baik. Sempurna?
Jom kita lihat apa kata orang mengenai OnePlus 8 Pro ini. Lebih tepat lagi, apa kata pengulas terkenal yang dah pun mencuba peranti tersebut.
KELEBIHAN ONEPLUS 8 PRO

MKBHD ibaratkan telefon pintar terbaru OnePlus sebagai sebuah flagship sebenar. Langkah pihak OnePlus menambah beberapa ciri yang tiada pada generasi sebelum ini adalah satu langkah bijak.
Keluhan dan permintaan pengguna dipenuhi seperti fungsi kalis percikan air, pengecasan pantas tanpa wayar dan keupayaan kamera yang dipertingkatkan.
OnePlus sememangnya terkenal dengan prestasi yang cukup cemerlang, susah untuk menjumpai sebarang isu dan masalah yang berlaku dari segi prestasi.
OnePlus 8 Pro meneruskan tradisi kecermerlangan tersebut. Ia diakui sebagai peranti paling pantas dan smooth pernah dihasilkan.
Kamera kini Bukan Satu Kekurangan
Salah satu perkara yang OnePlus dikatakan gagal untuk lakukan ialah menghasilkan sebuah kamera yang mampu menyaingi Google Pixel atau iPhone 11 Pro.
OnePlus 8 Pro masih gagal untuk melakukan perkara yang sama akan tetapi prestasi kamera telefon pintar tersebut kini jauh lebih baik berbanding generasi sebelumnya.
Hasil gambar masih kelihatan “over-processing” namun tidak ketara,gambar kadangkala pula kelihatan tidak natural terutama dari segi penghasilan warna berbanding Google Pixel 4XL.
Itu walaubagaimanapun, hanyalah isu kecil dan dari segi prestasi kurang cahaya atau night mode, OnePlus 8 Pro kini setaraf dengan Samsung Galaxy S20 Ultra dan beberapa peranti terkenal lain termasuk Huawei P40 Pro.
Bateri, Okay dan Mampu Bertahan
Menyentuh mengenai prestasi bateri, kebanyakkan pengulas mengatakan telefon pintar ini mampu bertahan seharian dengan penggunaan berat dan kadangkala mencecah sehingga 2 hari.
Ianya dianggap agak baik memandangkan OnePlus 8 Pro menggunakan spesifikasi tinggi termasuk resolusi skrin 2K dan refresh rate 120Hz yang sepatutnya akan mengakibatkan bateri mengalir seperti air. Tapi ini tidak berlaku pada peranti terbaru mereka.
Pengguna masih boleh menikmati segala fungsi yang ada tanpa perlu risau ia akan memberi kesan kepada prestasi bateri.
Ketahanan Binaan Peranti
JerryRigEverything merupakan pengulas yang terkenal dengan ujian ketahanan binaan sesebuah telefon pintar. Melalui ulasan terbaru, beliau mengakui agak kagum dengan ketahanan yang terdapat pada OnePlus 8 Pro dan seharusnya diberi pujian. Rujuk video dibawah.
KEKURANGAN ONEPLUS 8 PRO
Bagaimana dengan kekurangan? Rata-rata mereka yang mengulas OnePlus 8 Pro ini mengatakan susah untuk menjumpai kekurangan yang nyata.
Masih terdapat beberapa isu kecil dari segi prestasi kamera yang tidak konsisten ( macam biasalah, OnePlus), kamera hadapan atau kamera selfie seringkali menghasilkan gambar yang tidak memuaskan hati.

Rekaan skrin melengkung mengakibatkan isu tidak selesa untuk dipegang dimana terdapat beberapa keadaan pengguna akan secara tidak sengaja tersentuh skrin dan mengaktifkannya ketika dipegang.
Keputusan OnePlus untuk menggunakan skrin dengan rekaan lubang kamera kecil dibahagian atas sememangnya tidak digemari.
Rata-rata lebih menyukai rekaan kamera hadapan yang tersimpan di dalam skrin dan keluar apabila digunakan. Tampak lebih kemas dan lebih selamat.
Selain itu, fungsi pengecasan pantas tanpa wayar yang ada pada OnePlus 8 Pro sebenarnya hanya berfungsi dengan pengecas yang perlu dibeli secara berasingan pada harga RM300.

Jika anda menggunakan pengecas tanpa wayar selain daripada milik OnePlus, ia akan dicas dengan lebih perlahan sekitar 5watt berbanding 30watt.
Jadi, mengecas tanpa wayar menggunakan pengecas pihak ketiga, tidak akan berfungsi dengan baik.
BACA: Cara Mudah Kesan Dan Jejak Tempahan Barang Online Anda
Penawaran harga yang semakin tinggi dan mahal. OnePlus kini beralih arah daripada menghasilkan peranti mampu milik kepada peranti mampu lihat dari jauh sahaja. Walaupun hadir dengan kesemua ciri dan fungsi yang ditambah dan dipertingkatkan, harga permulaan USD$999 masih dilihat agak tinggi sebenarnya.
KESIMPULAN
OnePlus 8 Pro sebenarnya 99.99% sempurna sebagai sebuah peranti flagship. Ia menolak tepi pesaing yang ada dan kekal mengungguli carta telefon pintar dengan prestasi terbaik.
Smartphone tersebut juga dilengkapi dengan semua ciri yang sepatutnya ada pada sebuah peranti flagship. No complaint.
BACA : Telefon Pintar Gaming Terbaik – Kelebihan Dan Kekurangan
BACA : Smartphone Terbaik 2020 Untuk Urusan Bisnes
Sumber Ulasan
MKBHD | AndroidPolice | JerryRigEverything | TheVerge
The post Kelebihan Kekurangan OnePlus 8 Pro – Apa Kata Orang? appeared first on soleheen.