Tahukah anda terdapat kelebihan iPhone SE 2020 yang baru sahaja dilancarkan oleh Apple bakal membuatkan ramai pengguna Android beralih kepada peranti Apple tersebut.Harga iPhone SE di Malaysia bermula pada harga serendah RM2000. YA, itu kelebihan peranti pintar terbaru Apple.

Harga permulaan dibawah RM2000 bakal memberi peluang buat mereka yang ingin mencuba peranti Apple terbaru tanpa korbankan prestasi yang terdapat pada unit secondhand.
Jika dilihat dari segi spesifikasi, iPhone SE menggunakan cip pemprosesan A13 Bionic Apple yang mana ianya setaraf dengan siri peranti flagship Apple iaitu iPhone 11.
Saiz skrin yang tidak terlalu besar pada saiz 4.7 inci bakal menarik minat mereka yang inginkan peranti bersaiz kecil dan kompak memandangkan agak sukar untuk mencari peranti baru dengan skrin dibawah 5 inci.
Perhatikan sahaja setiap peranti yang dilancarkan, kebanyakkan bersaiz 6 inci dan keatas. Ada rekaan peranti yang berskrin besar tidak selesa untuk dipegang untuk satu tempoh lama.
iPhone SE 2020 boleh dikatakan sesuai buat mereka yang inginkan telefon pintar berkonsepkan low profile dan tidak terlalu mahal untuk dimiliki. Perkara sama dibuat oleh Google iaitu dengan melancarkan Google Pixel siri A seperti Pixel 3a yang menggunakan spesifikasi kelas pertengahan dan harga yang mampu milik.
Pixel 3a, walaupun tidak menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi seperti Pixel 3 akan tetapi tetap hadir dengan kuasa kamera yang cukup hebat, sesuatu yang terdapat pada versi lebih mahal telefon pintar tersebut.
Perkara sama yang Apple lakukan pada iPhone SE 2020. Cip pemprosesan A13 Bionic milik mereka sebenarnya amat berkuasa dan itu adalah processor terbaik yang pernah dihasilkan.
Bayangkan, anda dapat menggunakan sebuah telefon pintar Apple yang mempunyai sedikit sebanyak prestasi seperti siri flagship mereka dengan harga yang jauh lebih rendah.
Menggunakan telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan mempunyai segala satu kelebihan berbanding anda membeli unit secondhand.
Ianya lebih terjamin dari segi prestasi, kemaskini sistem operasi dan prestasi bateri yang berada pada tahap 100%.
Bagaimana dengan prestasi kamera?
iPhone SE 2020 lebih kelihatan seperti peranti yang dijenamakan semula daripada iPhone 8. Ia hanya dilengkapi dengan sistem kamera satu lensa beresolusi 12-megapixel f/1.8 (kamera yang sama terdapat iPhone XR) tanpa sebarang ciri fizikal kamera yang terdapat pada siri iPhone 11.
Apple dikatakan akan menggunakan kemampuan perisian mereka untuk membantu menghasilkan gambar yang amat baik dan boleh diterima walaupun ia tidak dilengkapi dengan lensa seperti siri iPhone 11.
BACA : Oppo Ace 2 5G – Kelebihan Ace 2 5G Bukan Biasa-Biasa
Cip pemprosesan A13 Bionic dilengkapi dengan Neural Engine dan image signal processor yang akan membantu kamera iPhone SE 2020 menghasilkan gambar terbaik.

Ini termasuk penggunaan ciri Smart HDR atau “Semantic Rendering” yang terdapat pada iPhone 11. Kamera iPhone SE 2020 juga berkemampuan untuk menghasilkan gambar Portrait Mode yang amat baik walaupun hanya menggunakan satu lensa.
BACA: Kelebihan Kekurangan OnePlus 8 Pro – Apa Kata Orang?
BACA : Cara Mudah Kesan Dan Jejak Tempahan Barang Online Anda
Jika dilihat dari segi kemampuan kamera, ia sebenarnya agak terbtas, tiada lensa wide-angle. Akan tetapi, untuk sebuah telefon pintar yang bersifat low-profile dan harga yang rendah, ianya boleh diterima akal. Google Pixel pun tidak dilengkapi dengan lensa wide-angle.
Jadi, apa pendapat anda?
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel adibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
The post Kelebihan iPhone SE 2020 Buat Peminat Android Bertukar iOS appeared first on soleheen.